Rabu, 6 Oktober 2010

Ceramah Motivasi Kecemerlangan Ustazah Dr Syed Sultan Bee


Seluruh anak Kedah khasnya dan Malaysia ammnya bersyukur dan berbangga dengan kejayaan Ustazah Dr. Syed Sultan Bee binti Packeer Mohamed memperolehi kejayaan cemerlang dengan pangkat "Mumtaz bi Syaraf Ula" dalam munaqashah PHD beliau di Uni Al Azhar beberapa hari lalu.

Ustazah Dr. Syed adalah bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Setar dan kini sedang bertugas di Kolej Universiti INSANIAH di Alor Setar. Sebelum beliau berangkat pulang bersama ayahandanya Tn Hj Packeer Mohamed, satu majlis ceramah diadakan untuk memberi peluang semua anak-anak Kedah di perlembahan Nil ini mendengar kisah perjuangan beliau sekaligus menerima suntikan motivasi, rangsangan dan nasihat dari beliau. sesi soal jawab juga diadakan di akhir program bagi memberi peluang para peserta mengemukakan persoalan untuk sebarang kemusykilan.







Kepada Ustazah Dr. syed, jutaan terima kasih diucapkan dan selamat maju jaya di KUIN selain mengharapkan doa restu Dr untuk adik-adik di sini. Barakallah fiki...

Tiada ulasan: