Sabtu, 16 Oktober 2010

ASEAN BADMINTON TOURNAMENT 2010

Tanggal 15 Oktober, saya dan 'oghang ghumah' menempa sejarah peribadi kerana menggalas cabaran membawa harapan negara dalam Pertandingan Badminton Antara Kedutaan Negara-negara ASEAN dalam kategori 'bergu campuran'. Turut mewakili negara dalam kejohanan yang dianjurkan Kedutaan Brunei itu, Us Zulkifli Din Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Us Ahmad Fared Mohd Din Pegawai HEP Pahang yang mewakili negra dalam kategori 'bergu lelaki'. Hanya dua acara dipertandingkan dalam kejohanan kali ini.

Alhamdulillah, Malaysia sekali lagi menjadi negara yang hebat memberikan cabaran kepada semau negara yang ikut serta dari kalangan negara ASEAN. Saya dan 'oghang ghumah' yang masuk acara 'bergu campuran' ini setelah tiada 'pasangan' yang sanggupmengambil tanggungjawab dan hanya sempat dua kali menjalani latihan, akhirnya berjaya masuk pertandingan akhir untuk bertemu pasangan Brunei. Saya dan isteri kalah di pertandingan akhir...Manakala Us Zul dan Us Fared pula layak ke pertandingan akhir setelah mengalahkan pasangan Brunei dan kemudian menang di pertandingan akhir ke atas pasangan Indonesia.

 














Terima kasih banyak atas sokongan YBhg. Kuasa Usaha Sementara dan isteri serta rakan-rakan lain di sini.