Ahad, 10 Oktober 2010

KONVOKESYEN GRADUAN UNIVERSITI ALAZHAR 2010 - 10 / 10 / 2010

10 / 10 / 2010 adalah tarikh bersejarah buat graduan Universiti Al-Azhar Mesir dari Malaysia pada tahun ini kerana pada tarikh ini telah berlangsung dengan meriahnya istiadat Majlis Konvokesyen Graduan Universiti Al Azhar 2010 yang diadakan di AlAzhar Confrence Centre ACC.

Saya dan isteri serta para pegawai dan isteri masing-masing hadir awal ke ACC pada hari itu. Selain saya terlibat menjadi Jawatankuasa Teknikal bersama Pegawai HEP Sabah Us Sablee seperti tahun lalu, kehadiran saya dan isteri ke ACC adalah untuk meraikan khasnya anak-anak Kedah yang berjaya menamatkan pengajian pada tahun ini. Alhamdulillah kerana peningkatan jumlah anak Kedah yang naik pentas menerima skrol ijazah dari Fadhilatus Syeikh Al Azhar pada tahun ini meningkat sekali ganda berbanding tahun yang lalu. Lebih 60 graduan dari Kedah yang berjaya menerima skrol ijazah pada tahun ini.

























Syabas dan tahniah khasnya buat semua anak-anak Negeri Kedah Darul Aman dan amnya Malaysia secara keseluruhannaya

Tiada ulasan: