Ahad, 26 Julai 2009

KEMBALI KE PENTAS RUMAH MELAYU

Salam rindu dari kejauhan...

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, lokasi yang kini menempatkan sejumlah pelajar Malaysia dari seluruh negara yang diuruskan Kedutaan Besar Malaysia di sini, pada satu ketika dahulu dikenali dengan panggilan "Rumah Melayu" . Sewaktu saya belajar di sini sekitar tahun 1987 -92 dahulu, saya pernah menjadi antara penghuninya. Banyak kenangan dan nostalgia saya dan teman-teman di "Rumah Melayu" ini. Dan kerana tinggal dengan ramai rakan-rakan dari negeri yang berbeza, saya banyak bergaul dan belajar dari mereka. Saya juga tak dapat lupakan pekerja rakyat Mesir yang bertugas di asrama seperti 'Ammu Hasan dan "Ammu Sayyid yang banyak mengajar saya bahasa 'Ammi.

Pentas penuh nostalgia

Di "Rumah Melayu" atau hari ini dikenali di kalangan pelajar sebagai ARMA ini, ada sebuah dewan. Dewan itu kini sudah jauh berubah seiring perubahan fizikal bilik-bilik ARMA itu sendiri. Kini dewan ARMA sudah dilengkapi dengan penghawa dingin, lampu limpah warna warni selain LCD dan sistem pembesar suara yang berkualiti. Lantainya yang dulu sekadar simen campuran sudah diganti dengan mozek atau balat yang cantik. Pentasnya telah dihias dengan lanskap kekal yang cantik di samping peralatan seperti sofa vvip, kerusi vip dan kerusi biasa yang mencukupi.

Cenderahati dari Pengarah program

Ada pemeran Isra' Mikraj dan Isu palastin

Teringat sewaktu-waktu dahulu bagaimana dewan ini mengajar saya setelah digelar mahasiswa, melontarkan idea dan berbahas dalam mesyuarat. Teringat di pentas dewan inilah saya menajamkan kemahiran saya dalam pengucapan awam termasuk berpidato, berbahas, bersajak dan berlakon....

Berhujjah penuh semangat!!

Tanggal 25hb. Julai 2009, Allah SWT takdirkan saya kembali ke pentas "Rumah Melayu"ini setelah saya tinggalkannya lebih 17 tahun yang lalu. Saya tak pernah menyangka bahawa saya akan berhujjah lagi di pentas ini...Namun Allah SWT tentukan saya melakar sejarah peribadi kembali ke pentas ini dalam program Forum Isra' Mikraj yang dianjurkan sebuah persatuan mahasiswa di Mesir ini ISMA. Lebih manis, buat kali pertama saya dan isteri sama-sama menjadi panel forum setelah berkahwin lebih 16 tahun.

Demikian sebuah ketetapan...

5 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Salam. Bagai sireh pulang ke ganggang.

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Ustaz..teringat waktu kita sama berforum dgn Dr. Abdul Aziz Hanafi di Masjid Muttaqin, Taman Mahsuri, Bandar Darul aman satu ketika dahulu....Lepas enta berenti ana pun tak sanggup nak teruskan!

Ust Halim Nasir berkata...

Maruah diri kita bukan boleh jual sekupang dua........Ia adalah sesuatu yg amat berharga untuk dipertahankan.

أحمد سعيد علي الدين berkata...

السلام عليكم شيخ يوسف

أشكركم على الزيارة الكريمة التي أسعدتمونا بها كثيرا
بارك الله فيكم وتقبل منكم صالح الأعمال

أحمد القليوبي

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

أستاذ أحمد حفظك الله
نشكركم يا أخي الكريم على حسن ضيافتكم وتكرمكم لدينا بالأمس.ونتمنى أن تكون هناك فرصة لكم لزيارتنا في ديارنا.أهلا وسهلا ومرحبا بكم وشكرا لالتفاتكم إلى مدونتي المتواضعة.معذرة يا أخي لأنها مكتوبة باللغة الماليزية.