Sabtu, 1 Ogos 2009

GILIRAN ZIYAD PULA!!!!

Salam rindu dari kejauhan....

Baru-baru ini, ketika anak-anak lelaki saya Muhammad, Mujahid, Ziyad dan Mubarak bermain bola dengan abang-abang penghuni asrama di kawasan lapang berhampiran Mahkamah di Haiyyu Sabiek ini, tanpa diduga Ziyad anak keempat saya itu telah terjatuh ketika berebut-rebut untuk mendapatkan bola.

Apabila balik ke rumah, Ziyad kemudiannya tidak dapat berjalan seperti biasa. Dan, setelah berlalu beberapa hari yang tidak menunjukkan perubahan yang besar, saya membuat keputusan membawa Ziyad bertemu doktor sebelum kakinya di x-ray.


Kebimbangan saya tentang keadaan tulang peha Ziyad yang mungkin bermasalah, akhirnya terlerai apabila Doktor Amani yang memeriksa Ziyad menjelaskan tulang peha Ziyad dalam keadaan baik kecuali seperti ada sedikit “iltihabat” atau kesan cedera. Doktor Amani kemudiannya memberikan sejenis “ubat air” yang perlu dimakan selama tujuh hari.


Setelah mendapati Ziyad, sebenarnya perlukan seseorang yang pakar dalam urutan, saya diberitahu tentang seorang pelajar iaitu Us. Halim Kedah yang memang dikenali sebagai pakar urut untuk pasukan bola sepak Kedah dan Malaysia secara umumnya di sini. Pelajar tahun empat ini punya banyak pengalaman termasuk mengendalikan kes patah. Oleh kerana beliau tinggal di Asrama Malaysia yang sibuk dengann programnya sehari dua ini kerana baru sahaja menerima Penyelia Asrama baru, saya mengambil keputusan membawa Ziyad ke sana.



Dari apa yang dimaklumkan oleh Us. Halim, Ziyad hanya mengalami maslah silap urat dan tidak melibatkan tulang….Saya menarik nafas lega. Syukur Alhamdulillah, Insyaallah sekali dua lagi Ziyad diurut, Ziyad akan kembali berjalan seperti biasa…Aameen. Pohon agar teman-teman dapat doakan untuk anak jantan saya ini.




Tiada ulasan: