Salam rindu dari kejauhan.....
Setelah puas mendengar rintihan puteri kecil saya Iman yang tak jemu bertanya " Baba, bila Iman boleh pi sekolah..?", akhirnya saya cair melihat kesungguhannya untuk ikut ke sekolah seperti kakak dan abang-abangnya yang lain meskipun umurnya baru mencecah empat tahun.
Tanggal 21 Oktober 2009, Iman mula bersekolah di Alsun Modern School, sebuah sekolah swasta yang terletak lebih kurang 100 meter dari rumah saya di Asrama Darul Aman 3. Sekolah yang menawarkan sistem pendidikan pilihan samada Arabic atau Language ini meliputi peringkat tadika, rendah dan menengah. Yurannya tidaklah semahal Salahldin International School. Untuk peringkat tadika yurannya adalah sekitar RM1800.00 setahun.
Iman ditempatkan di kelas KG 1 bersama sejumlah pelajar yang semuanya tidak boleh berbahasa Melayu. Sebenarnya di sekolah itu, hanya Iman berbangsa Melayu, sedang majorotinya adalah warga Mesir kecuali seorang dua berbangsa Rusia. Dua tiga hari pertama, jenuh juga saya berulang ke sekolah kerana masalah komunikasi dan emosi anak gadis kecil saya itu. Maklumlah, sudahlah kecik soghang pula...Betul-betul bak kata pepatah " seperti rusa masuk ke kampung ".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan