Salam rindu dari kejauhan...
Tanggal 5hb Oktober 2009, kedatangan Ahli Parlimen Baling YB Ustaz Taib Azamuddin dan isteri ke Perlembahan Nil ini telah diraikan dalam satu Majlis Ramah Mesra yang diadakan di Dewan At-Tasamuh Wal Ikha' Asrama Darul Aman 3. Ramai pelajar yang mengambil peluang hadir bagi sama-sama meraikan YB Ustaz Taib yang juga mantan Imam Besar Masjid Negara itu. YB Ustaz Taib mempunyai pengalaman bertugas dalam perkhidmatan kerajaan sebelum terjun ke dunia politik selama 25 tahun. Beliau adalah orang lama di JAKIM.
Bersama YB dan YDP MKKK
Aluan tuan rumah
Taujihat "Azhari" untuk "Azhari.."
Sebagai wakil kerajaan negeri, saya berucap mengalu-alukan kedatangan YB Ustaz Taib yang juga selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.. Selain mengucapkan terima kasih atas kunjungan beliau saya juga turut memberikan taklimat ringkas perkembangan anak-anak Kedah di Mesir ini. Sampai giliran YB Ustaz, hampir dua jam hadirin dihidangkan dengan taujihat yang sarat dengan panduan dan iktibar. Sebagai seorang yang cukup lama dalam medan dakwah, banyak tip yang diberikan YB sebagai pedoman sekaligus semangat kepada semua bakal pendakwah untuk pulang nanti menggalas beban dakwah menyambong tugas para Rasul dan Ambiyak AS menyeru manusia ke jalan Allah SWT. Beliau menasihati para 'tolib ilmi' agar fokus menambah ilmu dalam pelbagai bidang kemahiran, bahkan selain berkemahiran tinggi dalam Bahasa Arab para hadirin digesa supaya menguasai Bahasa Inggeris sebagai satu keperluan dalam medan dakwah.
Antara hadirin yang turut meraikan
Ulama' tetap dimuliakan walau di mana sekali pun
Menandatangani Buku Lawatan
Bagi pihak PKPK, saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Ustaz. Semoga segala nasihat dan taujihat yang dicurahkan oleh YB Ustaz akan mencetuskan satu fenomena "Cinta dan Gila Ilmu" di kalangan anak-anak Kedah d Perlembahan Nil ini. Moga mereka akan pulang satu hari nanti sebagai geraduan Al-Azhar yang benar-benar mampu memikul amanah "Al Ulama' Warasatul Anbiya' "
1 ulasan:
Salam, Ustaz.
Harapan saya agar apabila anak2 Kedah apabila balik ke Kedah nanti dapat berdahwah supaya dapat mempertahankan kerajaan yang sediaada InsyaALLAH. Masa di Mesir kuat semangat dan jangan bila dah jadi graduan Al Azhar bila balik jadi lesu sudah la. Moga2 depa Istiqamah, nak harap kat sapa lagi kalau bukan depa.
Catat Ulasan