Sabtu, 3 Oktober 2009

MAT - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MKKK

Tanggal 3 Oktober 2009 , saya ke Asrama Melayu Abbasiah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah yang diadakan di Dewan ARMA. Anak-anak Kedah dari seluruh pelusuk bumi Mesir pulang ke Kaherah untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing terhadap persatuan yang cukup besar jasanya ini.


Urusetia pendaftaran siswa


Urusetia pendaftaran Siswi


DATC - Siaraya dan rakaman



Bersama Pengarah dan sebahagia Adhock pelaksana MAT 2009

Walaupun ramai yang sedang berada di tanah air kerana pulang bercuti, kehadiran ramai ahli selain pemerhati menjadikan MAT yang menjadi acara tahunan ini tidak hilang kemeriahannya. Terkenang saya zaman ketika saya masih bergelar mahasiswa. Di dewan yang sama inilah saya pernah berdebat mempertahankan hujjah mati-matian sebelum menyerah akhirnya pada keputusan mesyuarat. Mahasiswa yang penuh dalam mindanya agenda perjuangan yang cukup ideal....



Majlis perasmian


Kerusi yang kosong disebabkan AJKT dah naik atas pentas

Bagi pihak Pejabat Pegawai Kebajikan, saya ingin ucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kepimpinan MKKK dan HEWI sesi yang lalu atas segala khidmat bakti menjayakan setiap program yang dirancang dengan penuh komitmen. Abah bangga dengan kalian...Semoga Allah mengganjari jasa baik dan segala kerjasama yang telah diberikan dengan ilmuNYA yang mencurah-curah dan kejayaan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Kepada semua ahli-ahli MKKK yang selama ini bersama dengan Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir....dengan abah dan persatuan...yang sabar mengharungi segala kepayahan menjayakan agenda perjuangan, moga kalian tetap setia meneruskan langkah, mengangkat maruah dengan gigih dan tabah untuk cemerlang dalam ilmu, amal dan taqwa di bumi bertuah ini.


Bergambar kenangan dengan AJKT sebelum mesyuarat bermula


Bersama pimpinan HEWI


Cenderamata buat YDP MKKK

Kepada barisan kepimpinan MKKK dan HEWI yang baru dilantik, tahniah dan syabas di atas kepercayaan yang diberikan. Ingatlah, sesungguhnya bebanan sebagai pemimpin adalah berat kerana ianya satu pertanggungjawaban, akauntabiliti, responsbiliti dan amanah yang akan dipersoalkan di dunia dan juga pasti di akhirat nanti. Ia seharusnya bukan satu kebanggaan yang menjadikan kita sombong dan angkuh, tetapi ianya lebih kepada amanah besar yang mesti disempurnakan dan peluang yang tak harus dilepaskan untuk meyemarakkan kebajikan, kebaikan dan menegakkan keadilan. Kecuaian dan kealpaan melaksanakan amanah atau lemas dalam ujian pangkat, takhta dan jawatan hanya akan menjadikan kita mangsa nafsu, dunia dan syaitan yang dihujung episod kehidupan kita nanti adalah hanya salutan noda dan bebanan dosa yang banyak yang hanya melontarkan kita ke tengah neraka!!!

Harapan abah agar kepimpinan kali ini akan lebih fokus ke arah meningkatkan jumlah pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam pelajaran sama ada dalam bidang pengajian Islam maupun perubatan. Semoga program-program berbentuk akademik , ilmiah, pembinaan kualiti diri beserta kemahiran pelbagai akan lebih bersemarak dalam era kepimpinan yang baru ini. Semoga anak-anak Kedah di bumi Mesir ini akan sama mengorak langkah untuk lebih laju berlari mengejar ilmu dalam pelabagai bidang dengan deretan kuliah yang banyak sama ada di peringkat universiti maupun yang kita anjurkan di rumah kita bermula sesi pengajian yang baru ini.

Mudah-mudahan kita semua dapat mengelakkan perpecahan kerana bila kita berpecah kita akan lemah. Semoga kita hanya akan saling memperkasakan jiti diri masing-masing dengan meletakkan ilmu dari al-Quran as-Sunnah sebagai neraca penimbang....Semoga kita akan memilih kesederhanaan, tidak melampau maupun keterlaluan. La Tafrith Wa La Ifrath, La Dharar Wa La Dhirar!!


Pimpinan baru MKKK...."Selamat Berjuang!!"
Siiruuu 'Ala Barakatillah....

Tiada ulasan: