Jumaat 1 Muharram 1431, muslimin seluruh dunia sekali lagi menyambut kedatangan tahun baru Hijrah. Masing-masing bertukar-tukar ucapan tahniah dan doa...."Kullu 'Aamen Wa Antom Bikhair". Ada yang siap mengirimkan ucapan dengan doa panjang lebar melalui sistem pesanan ringkas SMS seperti yang saya terima sebagai contoh. " Ya Allah, muliakan sahabatku ini..bahagiakan keluarganya..berkatilah rezekinya, kuatkan imannya, kecintaan dan kerinduannya pada Allah dan Rasul SAW...Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Berikan padanya kejayaan dunia dan akhirat. Aaamin...Selamat menyambut Maal Hijrah 1431.."
Saya yakin bahawa budaya mengucapkan tahniah beriring doa ketika masuknya tahun baru Hijrah adalah satu lagi perkara bidaah yang tidak dilakukan Rasulullah SAW maupun Sahabat Baginda RA. Namun, saya juga penuh yakin dan percaya bahawa seandainya yang mengucapkan ucapan tahniah dan doa kepada saudara Islamnya ikhlas, maka ia pasti akan memperolehi pahala atas perbuatan baiknya.InsyaAllah... Biarpun bidaah, ia bidaah yang hasanah..!!
Marilah kita memulakan tahun baru hijrah ini dengan membersihkan hati yang semua kita sedia tahu kepentingannya dalam hidup ini. Kerana sesungguhnya dialah raja bagi segala anggota dalam tubuh kita...Semoga segala amal perbuatan yang kita lakukan dan akan kita lakukan bukan sahaja berasaskan syara' atau kita pastikan syari'e bahkan kita wajib mengikhlaskannya kerana Allah SWT pemilik alam semesta seandainya kita inginkan pahala yang dijanjikanNYA.
Ayoh bersihkan hati dari Mazmumah yang dibenci. Gantikan dengan Mahmudah yang terpuji....Ayoh Mujahadah dan Mujahadah lagi di tahun baru ini. Semoga kita kan istiqamah mempertahankan keyakinan dan keimanan dalam menterjemahkan janji pada Allah Rabbil 'Izzati...sejak kita mula mengenali "Islam Is The Way Of Life"...Inna Sholati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil "Alamen".
Hijrah bererti pindah...Nabi dan Sahabat telah lama berhijrah dan perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah itu sudah lama tamat! Namun demikian, kita umatnya masih tetap dituntut berhijrah ....Hijrah meninggalkan Jahiliyyah, dosa, maksiat, noda dan segala munkarat kepada Islam, iman, taqwa dan taat...
Hakikatnya bahawa, kita selamanya tak akan dapat lari dari tiga fasa kehidupan iaitu kelmarin, hari ini dan besok....Kelmarin yang telah berlalu telah pun menjadi sejarah, hari ini yang sedang dilalui dengan penuh hati-hati sebenarnya penuh dengan peluang-peluang yang terhidang sama ada untuk kebaikan maupun kejahatan.....maupun besok yang belum pasti milik siapakah ia....? Warna-warna hidup kita sebenarnya kita yang ukir...Allah kurniakan akal dan pancaindera yang hebat untuk dimanfaatkan sebaiknya....Kalau sudah kenal jalan menuju syurga kenapa masih memilih jalan ke neraka...?
Pengajaran Hijrah buat seorang pelajar yang sedang bertarung dengan cabaran-cabaran dalam mencari sebanyak-banyak ilmu khususnya di bumi bertuah ini...Mesir maupun di Jordan atau Syria ataupun di mana-mana sekalipun cukup banyak sekali sebenarnya. Antara lain, kejayaan Hijrah Nabi kerana hebatnya hubungan Baginda dengan Allah SWT. Pun demikian Allah tetap biarkan Nabi menghadapi kepayahan mengharungi getir ujian dalam meniti kejayaan peristiwa hebat ini. Penuh strategi dan perancangan yang cukup rapi.....Setelah bersusah payah membelah gelap malam di gurun pasir...Berikhtiar, berusaha sedayanya dan berdoa...Tawakkal dan Pasrah......Akhirnya Baginda Nabi SAW berjaya membawa Islam yang gagah ke Madinah AlMunawwarah dan seluruh dunia.
Demikian seorang pelajar yang inginkan kejayaan, mesti mengatur strategi... mesti punya perancangan yang disusun rapi. Dia mesti sanggup mengharungi segala ujian dan cubaan yang menghalang. Ketika orang lain tidur, dia sanggup korbankan waktu tidurnya untuk membaca dan membaca lagi. Menghafal dan menghafal lagi....Dia akan sentiasa gigih dan kuat berusaha untuk mencapai citi-cita. Dia akan ke kuliah, ke majlis ilmu di masjid atau di mana-mana majlis taklim diadakan tanpa rasa jemu dan lelah. Dalam waktu yang sama, dia punya hubungan yang intim dengan Allah SWT...Dia cukup menjaga Habllun Minallah dan Hablun Minan Naas....Akhirnya setelah berikhtiar sedayanya dan berdoa....dia Tawakkal dan Pasrah...Lazimnya pelajar seperti ini akan berjaya dengan cemerlang!!!!
Buat semua...Salam Maal Hijrah...Semoga tahun baru ini lebih bermakna buat kita semua....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan