Tanggal 1 Disember 2009, saya menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan, Agensi dan Pegawai Pegawai Negeri Siri 6 yang diadakan di Bilik Mesyuarat TYT Duta Besar Malaysia di Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Mohandiseen.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Kuasa Usaha Sementara di Mesir Encik Saiful Anuar dan dihadiri hampir keseluruhan pegawai dari semua agensi Pusat dan Negeri di Mesir. Selain mendengar laporan-laporan tertentu, mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara tertentu selain mendengar taklimat terkini KBMK dan JPMK.
Adalah penting bagi pihak pegawai negeri mengikuti setiap perkembangan pentadbiran yang mencakupi semua aspek dari pihak berwajib di kedutaan dan jabatan penuntut. Musyawarah, kerjasama selain memberi dan menerima serta tolak ansur adalah resepi paling mudah untuk menyelesaikan semua masalah yang timbul.
Mesyuarat ini juga adalah mesyuarat terakhir yang dihadiri En.Fauzi Said sebagai Ketua Canseri dan Us. Abdul Halim Sulaiman selaku Pegawai HEP Wilayah Persekutuan. Kedua-dua mereka bertukar ke Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan