Salam rindu dari kejauhan...
Tanggal 17hb.Disember 2009, awal pagi setelah menghantar anak-anak saya ke sekolah mereka di Tajammu' Khamis, saya ke Haiyyu 'Asyir menjemput Dr. Nailul Morad Mohd Noor, isteri dan ibunya untuk bersarapan pagi di rumah.
Dr. Nailul Morad adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan jarak jauh USM Pulau Pinang yang dihantar ke Kaherah ini menyertai satu seminar peringkat antarabangsa. Manakala isteri beliau seorang guru pula baru sahaja sampai dengan ibunya sebaik beliau selesai seminar untuk mengambil peluang bercuti bersama di Lembah Nil ini.
Saya mengenali Dr. melalui sepupunya Syeikh Zainul Jamal iaitu Peg. Khas YAB MB. Dr. Nailul Morad juga ada menghubungi saya melalui email dan panggilan telefon dari Malaysia. Sebaik Dr. menghubungi saya di sini dan menyatakan hajatnya menziarahi saya, saya rasa cukup berbesar hati...Apa tidaknya, selain dapat berkenalan dengan lebih dekat, saya berpeluang bertukar pandangan dengan beliau dan berkongsi pengalaman beliau yang jauh lebih banyak dari saya..
Semoga kita dapat berjumpa lagi di Malaysia nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan