Jumaat, 4 Jun 2010

MESYUARAT SEMINAR GERAK USAHAWAN SISWA UNTUK PELAJAR-PELAJAR IPT MALAYSIA DI MESIR

Tanggal 3 Jun 2010. saya menumpang kereta Pegawai HEP Wilayah Persekutuan En. Yahya ke Asrama Malaysia Abbasiah untuk menghadiri Mesyuarat Seminar Gerak Usahawan Siswa Untuk Pelajar-Pelajar IPT Malaysia Di Mesir kali k 2 yang diadakan di Bilik Mesyuarat ARMA. Turut bersama menumpang Estima Peg WP termasuk Peg HEP Perak dan Peg HEP N9.

Mesyuarat turut disertai Pengurus Besarl Institut Pembangunan Pengurusan Johor iaitu anak syarikat di dalam Kumpulan Johor Corporation Tn.Hj.Zamri yang diberi peluang menjelaskan panjang lebar berkaitan program berkenaan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Prof Madya Dr Jamil Hashim itu turut dihadiri Pegawai-Pegawai JPMK, Pegawai HEP negeri-negeri selain Peg HEP MARA..







Seminar ini dicadangkan pada 31 Julai, 1 dan 2 Ogos akan datang, dengan tiga lokasi dipilih iaitu Kaherah, Iskandariah dan Mansurah. Setiap rumah negeri akan membekalkan 60 orang pelajar untuk ketiga-tiga lokasi  dalam seminar itu dengan 20 pelajar di setiap lokasi. Pelajar yang menyertai seminar ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran, bahkan semua kos ditanggung oleh pihak penganjur termasuk di akhir program peserta-peserta akan diberikan sijil-sijil penyertaan.

Kepada anak-anak Kedah yang ingin menyertai seminar sehari suntuk ini, bolehlah segera menghubungi pejabat pegawai untuk tujuan pendaftaran dengan memberikan nama, no. kad pengenalan dan no. telefon. Untuk perhatian anak Kedah , tempat adalah terhad dengan hanya 20 peserta di Kaherah, 20 di Iskandariah dan 20 di Mansurah.  Kepada anak-anak  selain Kedah yang mempunyai pegawai HEP, sila hubungi pegawai berkenaan. Manakala bagi negeri-negeri seperti Kelantan, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak yang tidak mempunyai pegawai HEP, bolehlah menghubungi BAKAN untuk urusan pendaftaran.

Tiada ulasan: