Rabu, 9 Jun 2010

MESYUARAT KESELAMATAN KOMPLEKS DAN DATARAN HAIYYU 'ASYIR

 
Tanggal 1 hb Jun 2010, satu mesyuarat berkaitan keselamatan Kompleks dan Dataran Haiyyu 'Asyir telah diadakan di Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Pahang melibatkan semua pegawai yang mempunyai asrama-asrama negeri di  Haiyyu 'Asyir seperti Selangor, Terengganu dan Kedah. Setakat hari ini, kerjaan negeri  Sarawak masih belum menghantar pegawainya ke sini.

Di antara isu utama yang dibincangkan adalah keselamtan kompleks dan ketenteraman dataran yang semakin menuntut kawalan lebih sistematik. Kes-kes kecurian dalam bangunan asrama dan di luar bangunan yang semakin menjadi-jadi selain semakin bertambah ramainya budak-budak Arab yang menggunakan dataran untuk bermain bola tanpa menghormati perasaan penghuni asrama sehingga mencetuskan ketegangan turut menjadi sebab utama kawalan berpusat segera dilaksanakan. Beberapa laporan polis terpaksa dibuat untuk menyelasaikan ketegangan yang berlaku sebelum ini.

Perbincangan susulan melibatkan pihak syarikat keselamatan swasta yang akan membekalkan pengawal keselamatan  akan segera diadakan. Semua pegawai negeri bersetuju memanjangkan masalah ini kepada majikan masing-masing di Malaysia.

Tiada ulasan: