Rabu, 2 Jun 2010

PERJUMPAAN "KELUARGA" KALI KE 4 -

Tanggal 29 hb. Mei 2010, Sabtu yang cerah, saya bersama isteri menumpang kereta  Pegawai HEP Pahang yang turut membawa isteri beliau ke Pusat Bowling Antarabangsa Cairo mengikuti pertandingan bowling persahabatan antara ahli KELUARGA. Pertandingan ini juga diatur untuk meraikan perpisahan dengan En.Roslan, Pegawai HEP Melaka yang akan bertukar balik ke Bandar Melaka tidak berapa lama lagi. Turut memeriahkan pertandingan termasuklah Peg HEP Wilayah Persekutuan, Peg. HEP Johor dan isteri, Peg. HEP Selangordan isteri dan juga Peg. HEP Perak yang baru menjadi ahli KELUARGA.











Malam Ahad, semua ahli KELUARGA hadir di rumah Peg.HEP Johor, Ustaz Ahmad Hanif termasuk ahli-ahli baru KELUARGA seperti Peg.HEP Perak Us.Muhaimin dan juga Prof Madya Dr. Hasan Basri. Peg.HEP Sabah Us.Sabli yang juga SU Agung KELUARGA tak dapat turut serta malam itu kerana sedang berada di Iskandariah untuk satu tugasan rasmi.

Konsep 'pot luck' terus menjadi pilihan dengan masing-masing membawa juadah dari rumah sendiri untuk dikongsi beramai-ramai. Syukur Alhamdulillah, rezeki cukup murah dan makanan sangat makmur sekali. Dari kuih muih, kek, buah, mee kuah, mee sup sampailah ke nasi berlauk...semua ada!












Satu sesi taaruf ringkas telah diadakan sebelum jamuan makan, dengan peg HEP Perak yang masih muda trang tang tang bangun memperkenalkan dirinya. Kemudian disusuli majlis potong kek oleh pasangan Us.Fared Peg HEP Pahang dan isterinya Ustazah Ramiza yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 11 baru-baru ini. Turut diraikan adalah beberapa kanak-kanak yang menyambut hari lahir pada  April dan Mei termasuk anak saya Mubarak. Ceria sakan kerana bukan sahaja dapat potong kek, dapat hadiah lagi!!











Oleh kerana SU Agung tak dapat hadir, mesyuarat yang selalunya berlangsung di hujung perjumpaan terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan minit mesyuarat lalu. Bagaimanapun, keputusan telah diambil untuk mengadakan perjumpaan KELUARGA kali ke 5 di kediaman Pegawai HEP Pahang, Us Fared di Haiyyu 'Asyir pada 25 Jun akan datang dengan pelawaan  dari beliau sendiri.

Tiada ulasan: