Sabtu, 5 Jun 2010

PERHATIAN KEPADA ANAK-ANAK KEDAH YANG AKAN PULANG BERCUTI

Sukacita dipohon kerjasama anak-anak Kedah yang akan pulang bercuti ke Malaysia untuk memaklumkan beberapa maklumat berikut kepada Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah (PHEPKTT):

  1. Nama penuh
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nombor telefon di Malaysia
  4. Alamat surat-menyurat di Malaysia
  5. Tarikh pulang bercuti
  6. Tarikh jangkaan pulang ke Mesir, Jordan dan Syria
  7. Fakulti dan Kampus Pengajian
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui Yayasan Islam Negeri Kedah telah mengarahkan pihak PHEPKTT untuk membekalkan maklumat-maklumat tersebut bagi tujuan bancian dan statistik.

Sehubungan dengan itu, sila maklumkan kepada PHEPKTT melalui e-mel kepada pkpk_09@yahoo.com.my selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pulang ke Malaysia.

Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Tiada ulasan: