Walaupun saya begitu berharap dapat melayani kesemua ahli rombongan yang hadir menjadi tetamu Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir khususnya Ybhg. Dato pengarah JHEAIK, namun bila Dato' Kharuddin sendiri yang mengarahkan saya untuk bersama rakan-rakan dari YINK dan Us. Ridwan dari Jabatan Zakat, saya tiada pilihan. Walaupun kini saya dipinjam ke YINK, hakikat bahawa saya seorang pegawai di JHEAIK dan akan pulang menyambung khidmat bakti saya nanti di JHEAIK memang siapa pun tak dapat nak nafikan.
"Syeikh..anta pi tengok depa, saya apa tak pa..ada Syeikh Ismi.." lebih kurang kata Dato' merujuk Tn. Syeikh Ismi yang juga mempunyai kemahiran berbahasa Arab. Hasilnya, Ybhg. Dato' keluar dengan Syeikh Ismi serta ahli-ahli rombongan lain yang tinggal bersama di Rumah Tamu, Asrama Darul Aman 3 dan saya pula keluar dengan rakan-rakan YINK dan Jab. Zakat yang tinggal di Rumah Tamu, Asrama Darul Aman 2 di Haiyyu 'Asyir.
Teruja dapat tunggang kuda!
Antara Piramid di Giza
Boleh pilih antara kuda dan unta!
Enam buah Piramid..
Terkenang perjuangan para sahabat RA dahulu
Tinggalan Firaun..."Jangan jadi Firaun!!"
Dengan Avanza pejabat serta dipandu sdr. Fahmi Idris saya keluar menemani En. Zaki, Us. Ridwan dan lain-lain ke Ahram atau Piramid sebelum ke Faiyum. Piramid sangat terkenal di Mesir dan terletak tidak jauh dari Kaherah. Saya dan teman-teman lain sempat menyewa kuda yang menjadi sebahagian tarikan serta kemudahan untuk para pelancong yang melawat Piramid. Dengan bayaran LE30 seorang, kami dapat menunggang sendiri dengan diringi seorang juru pandu. Masing-masing cukup teruja dapat meninjau Piramid yang menyimpan sebahagian sejarah kekejaman dan kezaliman Firaun Laknatullah dari tengah padang pasir yang cukup luas.
Nelayan di Tasik Qarun
Aktiviti menjual ikan tasik di tepi jalan
Santai bermain bola sepak pantai
mengeringkan Lemon atau limau kasturi untuk tujuan perubatan
Tasik Qarun...sejauh mata memandang..
Tengah padang pasir..ada air terjun..
Setelah makan tengah hari di sebuah restoran makan segera di Giza, kami meneruskan perjalanan melawat Faiyum yang terkenal kerana menyimpan rahsia khazanah Qarun dalam tasiknya yang cukup luas. Perjalanan pergi balik hari itu lebih 200 km. cukup menberikan pengalaman kepada ahli rombongan khususnya perjalanan pulang dari Faiyum ke Kaherah yang mendebarkan kerana terserempak banyak kali dengan kenderaan seperti kereta, lori dan motorsikal yang sengaja tidak menyalakan lampu di jalan yang memang tidak mempunyai lampu jalan itu! Menakutkan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan