Isnin, 5 Oktober 2009

SELAMAT KE SEKOLAH PUTERA PUTERIKU

Salam rindu dari kejauhan....

Musim baru persekolahan di Mesir telah bermula...Kalau kat Malaysia sesi persekolahan bermula awal Januari, kat Mesir pula awal Oktober adalah pembukaan bagi sesi persekolahan di sekolah-sekolah dan permulaan sesi pengajian di universiti-universiti sama ada milik kerajaan atau swasta.


Sebelum hari pertama persekolah anak-anak saya di Salahldin International School yang bermula pada 4 Oktober 2009, saya sudah membawa anak-anak ke sana membeli pakaian seragam sekolah. Berbanding tempat kita, dekat sini pakaian seragam sekolah dijual oleh syarikat yang ditentukan pihak pentadbiran di sekolah. Harganya..Subhanallah...Walaupun harga pakaian dan alat tulisnya cukup lumayan, saya cukup bersyukur kerana yuran persekolahan dibayar oleh kerajaan berdasar pekeliling yang berkaitan... Anak-anak saya di peringkat rendah dibiayai sepenuhnya manakala anak-anak saya yang belajar di peringkat menegah dibiayai kerajaan sebanyak 95% setiap seorang.



Ke sekolah membeli pakaian seragam


Bersama isteri Pegawai Pahang..

Seperti yang pernah saya ceritakan satu ketika dulu, sekolah Salahldin ini dimiliki dan diuruskan oleh warga Turki. Kebanyakan peralatan di sekolah ini dibawa dari Turki bahkan ramai warga Turki yang bekerja di sekolah ini. Pengetua sekolah menengahnya berbangsa Turki manakala Guru Besar sekolah rendahnya pula seorang muslim Amerika. Saya kira sekolah ini punya kelengkapan yang cukup untuk menarik kehadiran lebih 600 pelajar pada tahun pertama pengajiannya. Walaupun yuran seorang pelajar di sekolah ini lebih LE20 ribu , tetapi saya melihat sambutan dari kalangan warga Mesir yang berkemampuan cukup tinggi.


Antara kemudahan..padang permainan 1


Padang permainan 2


Gelanggang bola keranjang dan bola sepak


Sinki basuh tangan di Dewan Makan

Hari pertama persekolahan, anak-anak yang tak sabar-sabar ke sekolah setelah sekian lama berada di Mesir dengan penuh semangat melangkah ke kelas masing-masing. Kemampuan bahasa yang terhad sama ada dalam Bahasa Inggeris maupun dalam Bahasa Arab menjadikan mereka istimewa dalam kelas masing-masing. Apa lagi masing-masing berada dalam Gred yang berbeza. Aufa di Gred 9, Muhammad di Gred 8, Mujahid di Gred 4, Ziyad di Gred 3 dan Mubarak di Gred 2. Saya melihat kebanyakan pelajar yang masuk ke sekolah ini adalah warganegara Mesir. Ada juga dari Somalia, German dan Turki sendiri.


Sebelum masuk ke kelas....


Semangat walaupun pucat!!


Muhammad dan kawan-kawan sekelas


Aufa di Gred paling besar...Gred 9


Bersama rakan sekelas..Lauren, warga German


Ziyad dalam kelas bercampur gender


Teruja hari pertama sekolah!

Selain belajar Math, Sains dan Social Studies dalam Bahasa Inggeris serta seni dan muzik, anak-anak saya juga belajar Bahasa Arab, Arabic Social Studies , Agama dalam Bahasa Arab selain wajib belajar kelas Al-Quran. Di samping itu, mereka juga wajib belajar bahasa kedua iaitu Bahasa Turki atau Perancis. Anak-anak saya memilih Bahasa Turki sebagai Second Language. Semoga Allah rahmati anak-anak yang masih hijau ini dengan disingkap segala tabir dan dikurniakan hikmah ilmu sehingga mereka mampu suatu hari nanti menggalas harapan ummah menjulang agama...mempertahankan akidah ..."Islam Is The Way Of Life"

Aameen...Ya Rabbal 'Aalameen...


CATATAN
1- Mubarak tak ke tandas sepanjang hari pertama kerana tak tahu buka tali pinggang.
2- Mujahid dengan yakin bercerita dia ada kawan baru...dia siap ajak kawan-kawan barunya main di padang permainan. Bila ditanya " Adik cakap bahasa apa dengan depa? " Dengan selamba dia menjawab "Adik cakap Kedah!!.." Jom..Jom pi main!!" :)


4 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Untung anta syeikh, kerajaan mesir support sikit. Ringan la beban kita sikit, maklum la bukan sikit yg pi mengaji tu, suku gerabak..... Ana tak boleh nak bayang bila Mujahid cakap Kedah dgn puak2 tu. Jangan dia kata Loq laq dan pelak sudahlah! Penin puak2 tu nak faham. Bahasa Kedah klasik!

Nazmie Samarahan berkata...

Ana semakin teruja ikut perkembangan Blog Ustaz..Rasanya posting kali ni buat ana ketawa sorg2....Harap2 Mujahid dapat menguasai bahasa Arab dalam 2 3 bulan ni..cuma jangan dia jadi dominan dalam kelas, lepas 2 3 bulan, anak2 arab pula cakap kedah

PRO ISLAM berkata...

Salam.

Lama juga ustaz tak update, sibuk kut. Kalu tengok tu anak2 pak arab cukup besaq di bandingkan dgn anak ustaz. Tergelak juga bila anak ustaz cakap kedah dgn budak2 arab. Seronok juga tengok ramainya anak ustaz, ada peluang bolih tambah lagi ka?. Ana ALLAH bagi rezki sepasang saja,tu pun Alhamdulillah ada juga

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Terima kasihlah sahabat2 tolong doa..memang kesian tengok depa begelut nak faham....Haghap2 lepaih ni bukan budak2 Arab tu yang cakap Kedah sudahla...Memang kalau tengok saiz...budak2 Arab memang besaq...apapun, perjuangan tetap diteruskan!!