Sabtu, 5 Disember 2009

TAKLIMAT SPRM

Salam rindu dari kejauhan.....

Pada 4hb. Disember lepas, saya bersama lain-lain pegawai negeri dan agensi-agensi di Mesir dijemput menghadiri satu taklimat khas yang disampaikan Penolong Pesuruhjaya KPP Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM En.Azmi bin Hj. Mohd. dari Cawangan Siasatan MACMA Ibu Pejabat SPRM Putrajaya Beliau kebetulan datang ke Mesir bersama beberapa orang pembantunya dalam satu tugasan peringkat antarabangsa.



 

 

Banyak maklumat dan pengetahuan yang saya perolehi dari pembentangan dan penjelasan yang beliau berikan. Satu sesi soaljawab dan dialog juga diadakkan di hujung program pada petang itu.  Bangga mendengar SPRM yang sudah sampai di peringkat Global dan Internasional. Semoga institusi negara yang begitu penting ini akan sentiasa perkasa dengan pegawai-pegawainya yang beramanah dan punya intiegriti tinggi yang sanggup berhadapan dengan semua situasi dan cabaran demi menegakkan keadilan dan mempertahankan undang-undang.

Rabu, 2 Disember 2009

MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN, AGENSI DAN PEGAWAI-PEGAWAI NEGERI

Salam rindu dari kejauhan...



Tanggal 1 Disember 2009, saya menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan, Agensi dan Pegawai Pegawai Negeri Siri 6 yang diadakan di Bilik Mesyuarat TYT Duta Besar Malaysia di Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Mohandiseen.



 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Kuasa Usaha Sementara di Mesir Encik Saiful Anuar dan dihadiri hampir keseluruhan pegawai dari semua agensi Pusat dan Negeri di Mesir. Selain mendengar laporan-laporan tertentu, mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara tertentu selain mendengar taklimat terkini KBMK dan JPMK.


 

Adalah penting bagi pihak pegawai negeri mengikuti setiap perkembangan pentadbiran yang mencakupi semua aspek dari pihak berwajib di kedutaan dan jabatan penuntut. Musyawarah, kerjasama selain memberi dan menerima serta tolak ansur adalah resepi paling mudah untuk menyelesaikan semua masalah yang timbul.

Mesyuarat ini juga adalah mesyuarat terakhir yang dihadiri En.Fauzi Said sebagai Ketua Canseri dan Us. Abdul Halim Sulaiman selaku Pegawai HEP Wilayah Persekutuan. Kedua-dua mereka bertukar ke Malaysia.

Isnin, 30 November 2009

LAWATAN D.O PADANG TERAP

Salam rindu dari kejauhan...

Hari raya ketiga, Rumah Tamu Asrama Darul Aman 3 menerima tetamu dari Malaysia. Tuan Haji Mat Noh Pegawai Daerah Padang Terap yang tiba bersama keluarga. Sebenarnya saya telah maklum lebih awal kedatangan beliau ke sini sewaktu saya pulang ke Malaysia tempohari. Saya berjumpa beliau secara kebetulan di bilik Pengurus Besar YINK Tn Hj Zuhdi.

Awalnya, saya dah mengaturkan makan malam untuk beliau sekeluarga di rumah saya. Oghang ghumah pun dah siap hidang dua hidangan. Namun, bila saya ke tingkat 11 untuk menjemput mereka turun makan malam, rupanya  masing-masing dah belayaq... Akhirnya dari makan malam jadi makan pagi...


Silalah Tn Hj...raya-raya korban ni makan daginglah kita!



Makanlah apa yang ada kak...


Bergambar kenangan bersama Tuan Haji Mat Noh sekeluarga


Selamat jumpa lagi tuan..



Kebetulan Tn Hj Noh ada sepupunya di sini iaitu Us. Firdaus Hat Pegawai HEP Amanah Raya. Maka, jenuhlah mereka dibawa berjalan termasuk ke Pyramid, Faiyyum, Iskandariah selain membeli belah di Khan Khalili.