Assalamualaikum. Kelmarin petang jam 5.30, saya kembali ke udara bersama para pendengar Kedah FM dalam ruangan Bimbingan Fardhu 'Ain seperti biasa. Sebenarnya, pada peringkat awalnya saya dah minta alfadhil Ustaz Hj Aminuddin gantikan tempat saya. Tetapi, disebabkan masalah tertentu beliau tak dapat hadir pada saat-saat akhir. Bayangkan, dalam keadaan "berdarah" saya ke sana.
Kelmarin, saya bercakap tentang cuti sekolah yang baru bermula. Cuti panjang ini lazimnya akan digunakan sepenuhnya oleh anak-anak sekolah yang penat belajar selama ini untuk enjoy...cuti secuti-cutinya! Kalaulah ibu bapa tidak membantu anak-anak mereka mengatur masa cuti mereka dengan betul.....Lebih parah lagi, kalaulah ibu bapa tidak ambil peduli dengan masa cuti anak-anak mereka....mereka dibiarkan, dimerdekakan dari ikatan peraturan, tak kisah lagi dengan buku....tak terikat lagi dengan solat! tak dipantau lagi akhlak dan adab susila....,
Bayangkan apa akan berlaku pada anak-anak yang masih hijau ini...
Sepatutnya, setiap ibu bapa memastikan anak-anak mereka diprogramkan dalam menghabiskan cuti panjang mereka dengan aktiviti-aktiviti berfaedah sahaja. Kita boleh juga menghantar mereka mengikuti kem bestari solat, kem anak soleh, kem tahfiz alquran dan lain-lain. Mungkin tempohnya cuma seminggu dua, tetapi sentuhan itu adalah penting untuk mencetuskan perubahan. Mereka mesti disedarkan tentang kepentingan bercinta dengan buku...Mereka mesti terus disokong untuk terus berjaya dalam pelajaran di samping aspek akhlak dan syakhsiah mereka yang tidak diabaikan. Kalau mereka pulang ke kampung bersama datuk dan nenek mereka, ibu bapa hendaklah membekalkan senarai tugas yang mesti diselesaikan anak-anak sepanjang berada di sana. Lebih-lebih lagi, bila datuk dan nenek mereka hanya datuk nenek biasa. Maklumlah, datuk dan nenek lazimnya lebih lembut hati dengan cucu mereka yang pada akhirnya, anak-anak kita jadi lemak dan liat. Kat rumah kita mereka solat, kat kampung tinggal solat....!
Perkara kedua yang saya sentuh kelmarin ialah tentang "Selamat Pengantin Baru". Bila cuti panjang, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan. Perkahwinan adalah satu detik indah penuh sejarah. Perkahwinan mestilah disempurnakan dengan nawaitu yang betul agar rahmat dan barakah Allah akan menjadi milik bersama. Mengahwini seorang wanita kerana kedudukan, harta dan keturunan hanya akan mengundang kehinaaan, kesusahan dan kerendahan. Sebaliknya, perkahwinan yang dibina kerana Allah, bertujuan memelihara kehormatan diri, menundukkan pandangan dan untuk menyambung silaturrahim, nescaya Allah akan turunkan keberkatan dan rahmat dari sisiNYA....suami isteri diberkati lagi dirahmati!
Perkahwinan datang dengan tanggungjawab. Suami dengan pertanggungjawabannya sebagai seorang suami dan begitu juga isteri. Perkahwinan juga datang bersama ujian-ujian tersendiri. Andai kita gagal menghadapinya, kita bakal kecundang dan kecewa.! Tetapi kalau kita sabar dan tabah mengharungi ujian.....pasti menanti...di hujung terowong yang gelap itu, cahaya kebahagiaan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan