Selasa, 2 Mac 2010

BERSAMA PIMPINAN MKKK DAN HEWI

Tanggal 10 Februari 2010, sehari selepas saya tiba di Kaherah, satu perjumpaan bersama semua pimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah dan Hal Ehwal Wanita Islam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah Asrama Darul Aman 3.

Selain dapat mendengar berita dan masalah yang berlaku sepanjang ketiadaan saya selama 3 minggu sewaktu pulang ke Malaysia tempoh hari, saya juga dapat menyampaikan secara langsung pesanan-pesanan pimpinan Kerajaan Negeri kepada orang-orang penting saya di sini.

Alhamdulillah kerana jelas barisan pimpinan anak-anak Kedah di sini kelihatan sentiasa bersemangat untuk melaksanakan semua agenda yang diatur. Pada hari itu, sebagai perangsang dan tanda penghargaan bagi pihak YINK, saya menyerahkan jaket yang ditempah khas sewaktu saya berada di tanah air baru-baru ini untuk digunakan khususnya dalam majlis-majlis rasmi kepada mereka.









Diharapkan barisan pimpinan MKKK dan HEWI pada sesi ini akan lebih gigih menabur jasa bakti kepada semua anak-anak negeri dengan program-program yang lebih terancang dan terarah demi mencapai kecemerlangan ilmu untuk dicurah kepada masyarakat yang menanti apabila pulang ke tanah air suatu hari nanti. Sebagai pegawai saya sentiasa memberi sokongan, dokongan dan panduan kepada mereka untuk bertindak dengan berkesan dalam tiap program yang dirancang. Pintu pejabat saya sebenarnya sentiasa terbuka kepada siapa sahaja apalagilah persatuan yang memang di bawah kawalselia saya sendiri, dan saya cukup konsisten menjunjung budaya musyawarah dalam mencapai suatu keputusan yang terbaik...

Tiada ulasan: