Salam rindu dari kejauhan...
Sebenarnya dalam dua tiga hari setelah saya sampai dari tanah air tempoh hari, saya telah dimaklumkan tentang seorang pelajar anak Kedah di Tanta yang ditimpa sejenis penyakit misteri. Apabila satu hari, seorang "ahli bait"nya dari Sabah tiba-tiba muncul depan pintu rumah saya dan maklumkan pelajar berkenaan sudah tidak dapat dirawat lagi di Hospital Tanta serta dicadangkan pihak hospital di sana agar dipindahkan ke Kaherah, saya segera mengambil langkah perlu dengan menghantar kenderaan pejabat ke Tanta. Pelajar tahun 3 Fakulti Syariah serta bekas pelajar INSANIAH atau KUIN itu segera dipindahkan ke Asrama Darul Aman 3 bagi mendapat rawatan susulan di Kaherah.
Terus-terang, saya cukup bangga dengan anak-anak Kedah di sini khususnya Exco dan bekas Exco Kebajikan MKKK serta beberapa oarang pelajar lain yang bertindak menjaga pelajar sakit ini yang baru sampai dari cawangan Tanta dengan penuh rasa tanggungjawab. Walaupun baru kenal, tapi ia tidak menghalang mereka ambil berat bersusah payah menjaga pelajar malang ini lebih-lebih lagi ketika melalui beberapa hari dan malam bersama pelajar ini di hospital. Melihat pelajar ini yang seperti menjadi bahan ujikaji pihak Hospital Universiti Ain Syams, tempat beliau dirawat (beliau hampir disorong ke bilik pembedahan ), hampir tiap hari di x-ray, terpaksa ditambah air dan darah...cukup menyedihkan melihat bengkak kakinya juga sudah merebak ke perut dan muka selain tidak boleh tidur berbaring seperti biasa. Pihak hospital membekalkan ubat-ubatan selain alat bantu pernafasan. Pelajar ini dikesan mempunyai masalah kesihatan yang pelbagai seperti paru-paru masuk air, bengkak di jantung dan gangguan di buah pinggang.
Apabila pihak hospital menjelaskan kemungkinan besar pelajar ini dihinggapi TB dan akan dipindahkan untuk dikuarantinkan di sebuah hospital lain, saya cukup risau sekali kerana doktor yang merawatnya memberitahu tempoh untuk dia berada di situ nanti lebih lama dan tiada siapa pun akan dibenarkan menemaninya. Apabila dijelaskan pelajar ini belum sah TB dan kemungkinan besar mengalami masalah lain berkaitan saluran jantung, saya segera memberitahu bahawa pesakit ini dicadangkan untuk dibawa pulang ke tanah air. Alhamdulillah... dan terima kasih tidak terhingga kepada Tn Pengurus Besar YINK dan Kerajaan Negeri yang bersetuju membenarkan pelajar malang ini dibawa pulang untuk mendapatkan rawatan susulan di Malaysia. Sebak saya.. bila pihak keluarga pelajar ini menghubungi dari Malaysia dan minta tolong bawa pulang Mohd Asyraf walau menyedari risiko yang boleh saja terjadi dalam perjalanan nanti.
Tanggal 26hb Februari dengan penerbangan seawal 12.15 pagi saya mengiringi Asyraf yang ditolak ke pesawat menggunakan kerusi roda, menjadi orang pertama masuk ke pesawat EgyptAir menuju ke Kuala Lumpur. Oleh kerana Asyraf di syaki TB, awal-awal lagi dia dipakai "penutup hidung". Sepanjang perjalanan malam itu, saya hanya mampu berdoa dan pasrah agar Asyraf selamat samapai ke tanah air. Setelah hampir 9 jam dalam perjalanan terus dari Cairo pesawat yang saya naiki mendarat dengan selamatnya. Hati saya cukup tersentuh melihat Asyraf disambut abang kakak dan anak-anak saudaranya yang memang dalam perjalanan dari Kelang pulang ke Kedah dengan kereta untuk bersama Asyraf. Mereka sengaja ke KLIA semata-mata menyambut Asyraf.
Sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Asyraf yang kelihatan letih tapi penuh semangat disorong dengan kerusi roda buat kali terakhir oleh petugas lapangan terbang disambut ibu dan ramai sanak saudaranya yang datang jauh dari kampungnya di Kampung Barokas Jalan Pedu termasuk abang kakaknya yang pulang dari Ipoh dan Kuala Lumpur. Masing-masing melayan perasaan sedih, terharu dan bersyukur kerana Asyraf akhirnya selamat sampai ke tanah air. Turut menunggu adalah ambulans dari HSB yang terus membawa saya dan Asyraf ke Wad Kecemasan di HSB. Rasanya belum sempat sendu dan tangis kaum keluarga berhenti, saya dan Asyraf dah sampai ke HSB....Maklumlah, naik ambulans dengan sirennya yang berbunyi! Sebaik sampai Asyraf langsung dibawa ke Wad Kecemasan dan diberi rawatan on the spot. Bangga melihat "sistem penyampaian" di tempat kita...cukup berbeza!
Bagaikan diatur...Allah dengan segala perancanganNYA telah siap menentukan, ayahanda saya tetiba saja tidak dapat "buang air kecil". Syukur kerana sekali lagi Allah pertemukan saya dengan ayah yang segera dibawa ke PMC salah sebuah hospital swasta di bandar Alor Setar untuk pembedahan segera. Alhamdulillah "benda yang menyekat dan menyumbat" itu dapat dikeluarkan dengan selamatnya. Walaupun ayah kelihatan letih, tetapi keadaan kesihatan ayah yang bertambah pulih hari ke hari sangat menggembirakan hati ini. Semoga ayah terus sihat sehingga saya dan semua cucu-cucunya pulang ke tanah air setelah menamatkan tugas di Mesir pada 2011 nanti..InsyaAllah...
Sebelum pulang ke stesen kerja saya di Cairo, saya diarah bos menghadiri mesyuarat akhir persediaan Kursus Bina Insan Pelajar-Pelajar Timur Tengah bersama-sama pihak INSPIN dan Razihan Holidays. Turut serta Mr. Badr Malhas seorang Arab Jordan yang bertanggungjawab menguruskan urusan penginapan, pengangkutan logistik bagi pihak Razihan Holidays di Syria.
Saya juga berpeluang menggantikan tempat Tn.Pengurus Besar YINK yang terpaksa menarik diri di saat akhir atas faktor kesihatan dalam Kejohanan Tenpin Bowling Tertutup YINK Tahun 2010 dua belas jam sebelum berlepas balik ke Kaherah. Walaupun tak dapat bersaing tempat untuk kategori lelaki individu, Alhamdulillah dalam acara berpasukan saya dan rakan-rakan berjaya juga meraih tempat ketiga. Memang meriah dan berbaloi...Bukan setakat dapat main bowling percuma dan baju tshirt percuma sahaja, tetapi yang lebih penting saya dapat peluang mengenali ramai lagi kakitangan YINK dan juga YIKED....Erat silaturrahim!
Sebelah petang, hari akhir saya di Kedah, saya mencuri-curi masa untuk menjenguk saudara Asyraf yang sudah hampir seminggu dirawat di HSB. Nampaknya walaupun belum pulih sepenuhnya, kedaaan Asyarf bertambah baik dan yang pasti Asyraf tidak dihinggapi TB. Doktor menegesahkan Asyraf dijangkiti kuman di salur jantung yang menyebabkan organ dalamannya yang lain ada yang turut bermasalah. Semoga Asyraf cepat pulih dan dapat menyambung kembali pelajarannya sehingga berjaya.
Saya berlepas pulang dengan penerbangan delay MAS sekitar jam 10 malam dihantar Mama, Kak Mi dan Abang kadir sekeluarga sebelum menaiki EgypptAir jam 12.15 pagi dari KLIA ke Cairo. Semoga Ayahanda Bonda dan semua yang ditinggalkan di tanah air tercinta sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan sihat-sihat selalu hendaknya...

Demikian sebuah ketentuan...manusia merancang, Allah jua merancang.... perancangan Allah pasti berlaku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan