Khamis, 11 Mac 2010

SEMALAM DI TONTO...

Salam rindu dari kejauhan...

Tanggal 10 Mac 2010, dengan ditemani 2 Exco MKKK iaitu Saudara Suhaib Arrumi dan Saudara Zahran, saya ke Muhafazah Tonto iaitu sebuah bandar yang terletak di antara Kaherah dan Mansurah. Tonto terletak lebih kurang 120 km dari  Metropolitan Kaherah tetap sibuk dengan kenderaan walaupun tidak sesibuk dan sesesak Kaherah.

 
Saya ke sana kerana meraikan usaha mahasiswa dan mahasiswi Tonto yang bernaung di bawah DPM Tonto yang menganjurkan EMINENT sebagai acara tahunan mereka selain mencari ruang bertemu dengan anak-anak Kedah yang belajar di sana. Pelbagai pengisian diadakan termasuklah pembentangan kertas kerja, ceramah, pameran, pemeriksaan kesihatan percuma, bazar, forum dan lain-lain. Saya telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam acara forum yang dianjurkan meriah pada malam itu. Forum bertajuk "Kuasa Mahasiswa" itu telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari para mahasiswa semua fakulti seperti Fakulti Pengajian Islam dan juga Fakulti Perubatan di sana.



 
Hampir dinihari malam itu, saya sempat mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan siwa siswi dari kalangan anak negeri sendiri yang sedang belajar di Tonto. Alhamdulillah banyak juga yang dapat disampaikan dan begitu juga sebaliknya, saya dapat mendengar banyak aduan dan rintihan dari mereka. Selesai makan malam dan pertemuan penuh makna, saya dan ahli rombongan pulang ke Kaherah dan sampai ketika jam sudah melewati 2 pagi.


 








Yang jelas, saya melihat ruang yang masih banyak untuk siswa siawi kita dibantu untuk lebih hebat dan berkesan di tengah-tengah  kehebatan mereka berkorban untuk perjuangan mahasiswa mereka yang begitu ideal itu. Semoga kejayaan cemerlang akan  segera menjadi milik anak-anak Kedah khasnya dan anak-anak Malaysia amnya!

Tiada ulasan: