Khamis, 4 Mac 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL - PERWAKILAN 1430 / 2010

Salam rindu dari kejauhan..

Tanggal 26 Februari 2010 saya membawa keluarga ke Rumah Malaysia yang menjadi Kediaman Rasmi TYT Duta Besar Malaysia di Kaherah. Saya dan lain-lain pegawai HEP negeri, pegawai-pegawai dan kakitangan di KBMK dan JPMK selain rakan-rakan dari agensi-agensi di sini seperti Mara, JPA, MPOB dan lain-lain dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga masing-masing untuk menjayakan Majlis Memperingati Keputeraan Rasulullah SAW yang dianjurkan oleh PERWAKILAN iaitu sebuah persatuan yang bernaung  di bawah Kem Luar Negara. PERWAKILAN dianggotai isteri-isteri kepada pegawai yang sedang bertugas di luar negara.

Setelah solat Jumaat di masjid berdekatan, majlis dimulakan dengan jamuan makan tengah hari yang siap dibawa dari rumah masing-masing. Suasana cukup meriah dengan pelbagai juadah yang sebahagiannya disediakan secara "pot luck" itu. Setelah Kuasa Usaha Sementara KBMK En Saiful Anuar menyampaikan ucapan perasmian, saya dijemput menyampaikan ceramah maulid kepada semua hadirin yang hadir. Agak kekok juga bercakap di hadapan rakan-rakan sendiri sebenarnya! seterusnya, majlis bacaan Berzanji dan Marhaban pula berlangsung dengan cukup meriah. Antara yang menyumbangkan suara termasuklah Us. Hanif Pegawai HEP Johor, Us. kamal Pegawai HEP Terengganu selain Us Hj.Zainuddin Peg Atace JPMK yang menjadi "Tekong Utama" pada petang itu.






Sebelum majlis berakhir dengan "jamuan petang" dua kumpulan nasyid dijemput meyumbang suara masing-masing. Kumpulan nasyid pertama adalah dari kalangan anak-anak pegawai yang tinggal di Mohandiseen manakala satu lagi adalah anak-anak pegawai yang tinggal di sekitar Madinat Nasr.Tahniah buat kedua-dua kumpulan kerana telah membuat persembahan yang baik dan terpuji.




Apa yang lebih penting adalah mengambil Rasulullah SAW yang disambut kelahirannya itu sebagai idola dan dengan menjadikan akhlaknya sebagai teladan. Bertuahlah siapa yang mengikut jalan suluhannya dan celakalah siapa yang membelakangkan ajarannya!!!

Tiada ulasan: