29hb Sepetember 2010, saya dan oghang ghumah sekali lagi ke Iskandariah bagi menghantar dua pelajar yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Kedua-dua mereka telah memohon belajar di University Of Alexandria dan telah diterima masuk. Saya mengambil langkah mmenghantar segera ke sana oleh kerana pengajian telah bermula beberapa hari yang lalu. Disebabkan masalah penempatan rumah sewa yang masih belum ditemui oleh pelajar lama di sana, saya telah memohon pertolongan Pengarah MARA di Iskandariah Tn Hj Ishak untuk penempatan sementara dua pelajar ini.
Bagi pihak pentadbiran PPHEPKTT, diucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Pengarah MARA Iskandariah yang telah sudi menghulurkan bantuan logistik kepada dua pelajar yang diuruskan JHEAIK ini. Semoga Allah membalas segala jasa yang dicurahkan dengan ganjaran pahala berlipatkali ganda. Buat dua pelajar ini, selamat maju jaya.
Khamis, 30 September 2010
Selasa, 28 September 2010
28 SEPTEMBER 2010 - LETIH TAPI PUAS
Awal pagi lagi, saya dengan ditemani oghang ghumah yang setia ke mana sahaja selain Akhi Zubair YDP MKKK bertolak ke Asrama Darul Aman 2 di Haiyyu 'Asyir. Pagi itu saya menghantar kesemua pelajar banat Iskandariah yang menumpang di Rumah Tamu Asrama Darul Aman 2 setelah sampai dari Zaqaziq beberapa hari lepas pulang ke Iskandariah. Selama dua malam saya dan oghang ghumah serta YDP bersengkang mata bersama kesemua mereka menemani "pelajar sakit misteri" yang dirawat oleh Ustaz Shah, seorang pelajar tahun akhir dari Kedah yang kini menetap sementara di Melaka. Banyak juga perkara pelik yang saya tengok sepanjang dua malam bersama Us. Shah termasuk menyaksikan beberapa makhluk halus yang menyerah kalah dan peristiwa jin memeluk Agama Islam.
Menjelang petang saya memecut pulang dari Iskandariah setelah makan tengahari di rumah banat Iskandariah yang kelihatan cukup tinggi rasa tangungjawab dan semangat setiakawan itu. Alhamdulillah, walaupun keletihan kerana memandu seorang pergi dan balik, saya puas kerana dapat menunaikan tanggungjawab selaku ayah kepada anak-anak di sini. Saya juga cukup bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cukup memahami dan seorang YDP yang cukup prihatin dan sanggup berkorban.
Sebelah malam, setelah sempat berehat seketika, saya dijemput Pegawai HEP Pahang ke Asrama Malaysia Abbasiah untuk Majlis Sambutan Aidil Fitri 2010 yang dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sdr. YDP awal-awal lagi saya pesan supaya berusaha mempastikan rakan-rakan pimpinan lain untuk hadir seperti yang diminta pihak JPMK. Alhamdulillah, kebanyakan AJKT MKKK turut serta pada malam itu. Tetamu utama malam itu adalah Menteri Kesihatan Malaysia. Turut sama dalam rombongan selain pegawai-pegawai kementerian termasuklah mantan Menteri Besar Perlis. Hampir kesemua pegawai KBMK, JPMK dan Pegawai HEP Negeri hadir sama meraikan majlis malam itu.
Di akhir majlis pelajar-pelajar telah diagihkan duit raya oleh YB Menteri Kesihatan dan mantan Menteri Besar Perlis.
Rabu, 22 September 2010
MESYUARAT KONVOKESYEN GRADUAN UNIVERSITI ALAZHAR 2010
Jam 10 pagi tanggal 20hb September saya menghadiri mesyuarat konvokesyen graduan Universiti alAzhar 2010 yang diadakaan di Bilik Mesyuarat ARMA. Mesyuarat pada peringkat awalnya dipengerusikan oleh En. Saiful Anuar Kuasa Usaha Sementara KBMK sebelum disambung Pengarah JPMK Porof Madya Dr Jamil Hashim.
Kebanyakan Pegawai HEP Negeri dan pelajar yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa program penting tahunan ini hadir memberikan komitmen. Saya telah diamanahkan sebagai Jawatankuasa Teknikal sama seperti tugas yang telah saya laksanakan pada tahun lepas.
Majlis istiadat konvokesyen ini akan diadakan pada 10 Oktober 2010.
Selasa, 21 September 2010
ANAK-ANAK PERUBATAN JPA "BALIK KAMPUNG"
Tanggal 20hb September 2010, awal pagi saya dikunjungi anak-anak baru tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Fakulti Perubatan yang sedang mengikuti kursus induksi yang berlangsung di Dewan Asrama Malaysia Abbasiah anjuran JPA. Semua anak-anak bakal doktor yang berasal dari Negeri Kedah itu dalam program khas "pulang ke kampung:" yakni dihantar melawat "Rumah Negeri" masing-masing.
Selain mereka diiring pelajar "senior", mereka turut disambut dan dihantar untuk diraikan di kediaman saya oleh pimpinan MKKK dan HEWI. Selain memberikan ucapan mengalu-alukan kedatangan mereka ke bumi bertuah ini, sesi dialog juga turut diadakan. Kunjungan pelajar JPA ini juga disertai beberapa orang pelajar tajaan Jabatan zakat Negeri Kedah Darul Aman.
Kepada semua bakal doktor, selamat berjuang mencipta kejayaan gemilang buat mereka yg tersayang...
Isnin, 20 September 2010
BERSAMA DELEGASI PENANG KE KBMK
Tanggal 19hb September, saya membawa sahabat lama di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Us Ridhwan yang tiba bersama penuntut-penuntut baru dari Pulau Pinang selaku pegawai pengiring. Beliau sampai bersama seorang lagi pegawai Jabatan Agama selain turut diiringi Pengurus Besar Lembaga Zakat Pulau Pinang.
Sebelum bertolak ke KBMK pagi itu, saya sempat bergambar kenangan di hadapan Asrama Negeri Pulau Pinang bersama ahli rombongan termasuk alfadhil Ustaz Mutalib Maarof yang juga kebetulan menziarahi anak-anak Negeri Pulau Pinang. Beberapa hari sebelum itu, saya sempat menjemput mereka bersarapan di rumah bersama teman-teman pegawai pengiring dari Negeri Kedah, Cikgu Ismail, Us Din dan Us Sofiyuddin.
Buat sahabat lama dari Pulau Pinang...sehingga kita berjumpa lagi.
ADIK SEPUPU KEMBALI KE JORDAN
Petang 19hb.September 2010, saya dan oghang ghumah serta anak-anak ke Cairo Airport menghantar adik sepupu yang bercuti dua minggu serta menyambut hari raya aidil fitri di rumah saya di sini. Raihan adik sepupu saya sedang mununtut di tahun 2 dalam Fakulti Bahasa Arab di Universiti Muktah Jordan.
Raihan sampai ke Kaherah bersama tiga orang siswi Jordan yang juga memilih bercuti di sini ketika tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut hari raya. Sepanjang berada di sini, selain melawat sekitar Kaherah seperti maqam-maqam, qal'ah dan pyramid, Raihan juga sempat ke Tasik Faiyyum dan Iskandariah bersama rakan-rakannya selain bersiar-siar mengambil angin malam di pesisir Sungai Nil. Saya juga tak ketinggalan memberinya peluang mencuba "ruz laban dan kabab".
Buat Raihan,....moga berpuashati dengan layanan yang telah diberi...serta ampun maaf atas segala keterlanjuran khasnya dari adik-adik (anak-anak saya) yang memang "bertuah" itu...maklumlah kanak2.. :)
Ahad, 19 September 2010
KEJOHANAN PING PONG PERSAHABATAN ANTARA KEDUTAAN ASEAN
Tanggal 18hb September 2010 dengan semangat berkobar-kobar, saya ke International Bowling Centre Cairo dengan ditemani isteri dan anak lelaki sulung, Muhammad. Kali ini, saya terpilih mewakili negara dalam acara ping pong,setelah berjaya dalam pemilihan yang diadakan di Asrama Malaysia baru-baru ini.
Antara negara yang ikut serta selain Malaysia, termasuklah Indonesia, Mynmar, Thailand, Vietnam, Filipina dan juga Brunei. Singapura telah menarik diri pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu. Pertandingan sistem kalah mati yang diadakan menyaksikan Malaysia diwakili Us.Muhaimin Pegawai HEP Perak yang mewakili acara perseorangan, manakala saya dan Ustaz Zulkifli pegawai JPMK mewakili negara dalm acara bergu. Turut bersama memberikan sokongan En Saiful Anuar Mohammad Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan isteri serta beberapa rakan pegawai. Hampir kesemua TYT Duta Negara-negara Asean hadir bersama kakitangan kedutaan masing-masing dalam kejohanan itu.
Alhamdulillah, walupun diberikan saingan yang sengit oleh bergu Indonesia di pertandingan akhir, saya dan Ustaz Zul muncul juga akhirnya sebagai juara manakala johan perseorangan dimenangi peserta dari Brunei.
Bagi pihak arakan-rakan sepasukan, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan doa untuk kejayaan kami. Terima kasih daun keladi.
Sabtu, 18 September 2010
KEPULANGAN PEGAWAI PENGIRING
Pagi 17 September 2010 saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah kerana menghantar dua pegawai pengiring yang bertanggungjawab menghantar pelajar-pelajar baru dari negeri Kedah yang samapai dalam dua rombongan baru-baru ini..
Dua pegawai berkenaan adalah En Ismail dari Bahagian Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Ustaz Sofiyuddin Pegawai Agihan di Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman. Cikgu Ismail telah mengiringi rombongan pertama manakala Ustaz sifiyuddin telah mengiringi rombongan kedua. Ustaz Shamsudin, seorang lagi pegawai pengiring dari JHEAIK yang sampai bersama-sama Cikgu Ismail telah menunda penerbangan pulang beliau ke tanah air atas sebab-sebab tertentu.
Bagi pihak pentadbiran PHEPKTT, saya ucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberi dan semoga kita berjumpa lagi.
Jumaat, 17 September 2010
AIDILFITRI 1431 H
MALAM RAYA....
Dengan susah payah anak-anak Kedah menyiapkannya.
Takbir Raya..
Antara anak Kedah yang hadir
Perutusan Aidilfitri...
Hadiah kuiz
"Oghang Ghumah" sampaikan hadiah untuk banat
Berpelukan dan bermaafan
Jamuan malam raya
Juadah Malam Raya....
1 SYAWAL 1431 / 10 SEPTEMBER 2010
Khutbah Aidilfitri di Dataran ARMA
Muslimin solat di Dataran, muslimat pula di dalam Dewan
Hidangan yang menanti
Satay..hidangan sinonim aidilfitri..mahal ni!!
Jamuan untuk pegawai dan keluarga di Kafe ARMA
Bersama Tn Hj Idris MARA, En Johari MPOB dan Us We Kelate
Ada persembahan nasyid
Lintas langsung bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya
Sebahagian pegawai HBS yang hadir
Aidilfitri terakhir bersama isteri di Cairo
Sekeluarga di pagi raya...
Iman dan Ahmad
Dari Abbasiah ke Haiyyu 'Asyir - Destinasi ke 2
Juadah istimewa di Asrama Darul Aman 2 Haiyyu 'Asyir
ABC Special..
Rumah Terbuka Tn Hj Syamsol - Destinasi ke 3 di Mohandiseen
Berkonvoi 4 buah kereta..Meriah!!
Bersama'ketua rombongan' Us. Hanif di meja hidangan
Meriah dengan anak-anak...walau jauh dari tanah air
Para isteri yang solehah..'Qurratu A'ayun'
Us Hanif Johor, Us Ishak MARA, Us Halim S'gor, Tn Hj Syamsol KBMK dan Us. Zulkifli JPMK
2 SYAWAL 1431 / 11 SEPTEMBER 2010
Rumah Terbuka En Saiful Anuar dan isteri di Mohandiseen - Destinasi 1
Marhaban diketuai Pegawai HEP Johor
Tetamu terawal yang sampai - 4 buah kereta
Antara hidangan istimewa yg disediakan...macam-macam ada!
Makan dengan "Nasi Hujan Panas"
Putera Kedah dan Putera Selangor...
Kaum Ibu
Bergambar kenangan sebelum pulang setelah kenyang... :-)
Destinasi 2 - Airport - Sambut Pelajar Baru Kedah Kumpulan Pertama
Bersama 'oghang ghumah' dan HEWI
Baru sampai
Teruja dan Syukur....
Menaiki bas yang disediakan
Bersama Cikgu Ismail dan Us Syamsudin dari JHEAIK (pegawai pengiring)
Sampai di Asrama Darul Aman 3, Haiyyu Sabeik
Jamuan selamat datang - turut hadir En Hazam Peg.JPA dan Fairuz
Sebahagian 'anak-anak' yang datang berhari raya
3 SYAWAL 1431 / 12 SEPTEMBER 2010
Destinasi 1 - Rumah Terbuka En Hazam Peg. JPA di Mohandiseen
Ada Pegawai Negeri, Pegawai KBMK, JPA, JPMK dan MATRADE Dan PETRONAS
Akrab setelah kenal di sini..
Kaum hawa bergambar kenangan di rumah En.Hazam
Bersama tuan rumah En.Hazam dan isteri
Jamuan 'makan malam' untuk tetamu Malaysia dan AJKT / HEWI etc di rumah
Antara yang hadir

4 SYAWAL 1431 / 13 SEPETEMBER 2010
Destinasi 1 - Rumah Terbuka Melaka - Bersama En Anuar Peg HEP Melaka dan Tn Hj Idris MARA
Dalam Dewan solat "masjid Alazim" Wisma Melaka
Dengan anak Speker Dewan Undangan Negeri Melaka
Bergambar ramai dengan banat Melaka
Ahmad bergaya dengan baju bola
Bergambar kenangan di hadapan Wisma Melaka
Destinasi 2 - Rumah Terbuka Cik Ayu PA TYT Duta di Mohandiseen
Destinasi 3 - Rumah Terbuka Wilayah Persekutuan En Yahya di Haiyyu Sabeik
Peg HEP Selangor, Johor, Wilayah dan Kedah Bersama "permaisuri" masing-masing
Anak dara Kedah, selangor dan Johor
Destinasi 4 - Rumah Tertutup Negeri Perlis
Bersama Pega HEP Johor dan pimpinan BKAN Perlis
Bergambar kenangan bersama banat Perlis
Kenangan di sofa "Rumah Tamu" Perlis - Cairo
Destinasi 4 - Rumah Tertutup Negeri Perlis
Bersama Pega HEP Johor dan pimpinan BKAN Perlis
Bergambar kenangan bersama banat Perlis
Kenangan di sofa "Rumah Tamu" Perlis - Cairo
5 SYAWAL 1431 / 14 SEPTEMBER 2010
Destinasi 1 - Airport - Sambutan Pelajar Baru Kedah Kumpulan Kedua
Alhamdulillah selamat sampai..
Bersama pegawai pengiring, Cikgu Ismail, Us Syamsudin (JHEAIK) dan Us. Sofiyuddin (Jab.Zakat Negeri)
Destinasi 2 - Rumah Terbuka Selangor di Rabaah
Marhaban dan Doa dipimpin Us. Hanif
6 SYAWAL 1431 / 15 SEPTEMBER 2010
Rumah Terbuka Negeri Kedah Darul Aman
Siap ada DJ
Selamat Hari Raya...Selamat Menjamu Selera...
Nasi Ayam Istimewa
ABC
Sila ooo sila...Peg HEP Johor dan Wilayah serta kerabat
Ucapan ahlan wa sahlan dan penghargaan buat semua
Ditemu ramah sebelum Marhaban
Makan dan makan....
Persembahan nasyid kumpulan anak-anak yatim "Baitul Hasanah"
Gambar sekeluarga Peg. HEP Kedah Timur Tengah
Gambar sekeluarga Peg HEP Johor
Gambar sekeluarga Peg HEP Selangor
Peg.HEP Wilayah Persekutuan dan keluarga
Gambar kenangan bersama Peg. MATRADE en Wan Tarmizi dan isteri
Bersama En Syarbini dan Ahmad Waseef KBMK
Bersama keluarga Dr Jamil KBMK dan En Johari MPOB
Yang tiba setelah Asar
Bersama Alfadhil Us Mutalib Maarof dan rombongan
Bersama Us Khairi Jalaludin sekeluarga
Bersama En Saiful KBMK, Tn Hj Zulkifli Petronas dan keluarga serta Us.Mutalib Maarof
Tn. Hj Saharudin, Tn Hj Shamsol sampai selepas Maghrib
Antara tamu terakhir..
Bergambar kenangan sebelum bersurai..
7 SYAWAL 1431 / 16 SEPTEMBER 2010
Destinasi 1 - ke SIS
Beli baju sekolah Mohammad
Destinasi 2 - Rumah Terbuka P Ndak di Haiyyu 'Asyir
Bersama Pak Ndak sekeluarga
Destinasi 3 - Rumah Terbuka Banan (student perubatan) di Haiyyu Sabiek
8 SYAWAL 1431 / 17 SEPTEMBER 2010
Sarapan pagi meraikan teman-teman dari Malaysia
Pegawai kanan Majlis Agama Islam Pulau Pinang
Rumah Terbuka Negeri Johor
Bersama tuan rumah Ustaz Hanif dan isteri
Potong kek ais krim
Kenangan aidilfitri terakhir di Rumah Johor Kaherah
Kenangan bersama Us Hanif, Us Harun, Us Halim dan En.Yahya
13 SYAWAL 1431 / 22 SEPTEMBER 2010
Rumah Terbuka Pegawai HEP Pahang - sahabat yang terpaksa ditinggalkan...
Ketupat import dari Pahang
Rendang Istimewa
Kuih raya dan keropok lekor from Malaysia - sedaaap
Pegawai HEP Johor bersama ayahanda kepada Peg HEP Perak dan En.Mulok
Dua sahabat yang akan sama-sama 'pulang' Disember depan
Bonda Us.Muhaimin Peg.HEP Perak diapit dua puteri, Kedah dan Johor
Langgan:
Catatan (Atom)