Sabtu, 18 September 2010

KEPULANGAN PEGAWAI PENGIRING

Pagi 17 September 2010 saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah kerana menghantar dua pegawai pengiring yang bertanggungjawab menghantar pelajar-pelajar baru dari negeri Kedah yang samapai dalam dua rombongan baru-baru ini..

Dua pegawai berkenaan adalah En Ismail dari Bahagian Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Ustaz Sofiyuddin Pegawai Agihan di Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman. Cikgu Ismail telah mengiringi rombongan pertama manakala Ustaz sifiyuddin telah mengiringi rombongan kedua. Ustaz Shamsudin, seorang lagi pegawai pengiring dari JHEAIK yang sampai bersama-sama Cikgu Ismail telah menunda penerbangan pulang beliau ke tanah air atas sebab-sebab tertentu.





Bagi pihak pentadbiran PHEPKTT, saya ucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberi dan semoga kita berjumpa lagi.

Tiada ulasan: