Khamis, 30 September 2010

KE ISKANDARIAH LAGI....

29hb Sepetember 2010, saya dan oghang ghumah sekali lagi ke Iskandariah bagi menghantar dua pelajar yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Kedua-dua mereka telah memohon belajar di University Of Alexandria dan telah diterima masuk. Saya mengambil langkah mmenghantar segera ke sana oleh kerana pengajian telah bermula beberapa hari yang lalu. Disebabkan masalah penempatan rumah sewa yang masih belum ditemui oleh pelajar lama di sana, saya telah memohon pertolongan Pengarah MARA di Iskandariah Tn Hj Ishak untuk penempatan sementara dua pelajar ini.




Bagi pihak pentadbiran PPHEPKTT, diucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Pengarah MARA Iskandariah yang telah sudi menghulurkan bantuan logistik kepada dua pelajar yang diuruskan JHEAIK ini. Semoga Allah membalas segala jasa yang dicurahkan dengan ganjaran pahala berlipatkali ganda. Buat dua pelajar ini, selamat maju jaya.

Tiada ulasan: