30hb Ogos 2010, saya membawa keluarga ke Asrama Pelajar Johor Rabaah untuk Program Ifthor dan Solat Hajat Sempena Kemerdekaan 2010 yang dianjurkan Pejabat Pegawai HEP Johor Mesir. Turut kelihatan hadir bersama termasuklah Timbalan Peg.HEP MARA, Peg.HEP Terengganu, Selangor, Sabah, Perak dan Melaka selain anak-anak Johor sendiri. Ketika saya sampai, Ustaz Hanif Pegawi HEP Johor sedang memimpin bacaan Yasin dan doa. Selesai berbuka dengan kurma dan sedikit kuih, para jemaah solat Maghrib berjemaah dan diikuti solat Hajat Kemerdekaan. Para tetamu jemputan kemudiannya dijamu makan berat di "rumah tamu" di tingkat bawah.
Selesai solat Isya' dan Tarawih di "Masjid Fatimah Az Zahra'" bersama rakan-rakan pegawai serta anak-anak, masing-masing kemudian membawa keluarga menuju Asrama Melayu Abbasiah (ARMA) untuk bersama para jemputan yang terdiri dari kalangan pegawai dan kakitangan KBMK, JPMK, MARA, JPA, Pegawai-Pegawai HEP Negeri, MPOB, MATRADE dan PETRONAS serta keluarga masing-masing di samping anak-anak Malaysia di sini dalam Sambutan Kemerdekaan 2010 yang diadakan di sana.
Majlis malam itu meriah dengan disisi bacaan ayat-ayat suci Al Quran, ucapan Kuasa Usaha Sementara KBMK, ucapan Pengarah JPMK, persembahan sajak, persembahan silat, tayangan slideshow kemerdekaan selain nyanyian lagu patriotik serta laungan "merdeka" pada jam 12 tengah malam. Hadirin juga seronok mendapat "jalur gemilang" percuma serta disediakan jamuan malam yang menyelerakan. Bila jauh di luar ni..,.memang terasa lebih sayang kita kepada negara....
Apapun, semoga kita semua memahami akan erti kemerdekaan yang sebenar dalam hidup seorang muslim...iaitu apabila kita benar-benar menjadi hamba Allah SWT yang tunduk dan menyerahkan diri kepada ketetapan dan ketentuanNYA. Kita bukan hamba nafsu...kita bukan hamba dunia dan kita bukan hamba manusia...!!! Kita dilahirkan merdeka sebagai hambaNYA yang mulia dengan Islam dan Iman yang akan selamanya menjadi penyelamat kita di dunia maupun di akhirat nanti....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan