Selasa, 28 September 2010

28 SEPTEMBER 2010 - LETIH TAPI PUAS

Awal pagi lagi, saya dengan ditemani oghang ghumah yang setia ke mana sahaja selain Akhi Zubair YDP MKKK bertolak ke Asrama Darul Aman 2 di Haiyyu 'Asyir. Pagi itu saya menghantar kesemua pelajar banat Iskandariah yang menumpang di Rumah Tamu Asrama Darul Aman 2 setelah sampai dari  Zaqaziq beberapa hari lepas pulang ke Iskandariah. Selama dua malam saya dan oghang ghumah serta YDP bersengkang mata bersama kesemua mereka menemani "pelajar sakit misteri" yang dirawat oleh Ustaz Shah, seorang pelajar tahun akhir dari Kedah yang kini menetap sementara di Melaka. Banyak juga perkara pelik yang saya tengok sepanjang dua malam bersama Us. Shah termasuk menyaksikan beberapa makhluk halus yang menyerah kalah dan peristiwa jin memeluk Agama Islam.




Menjelang petang saya memecut pulang dari  Iskandariah setelah makan tengahari di rumah banat Iskandariah yang kelihatan cukup tinggi rasa tangungjawab dan semangat setiakawan itu. Alhamdulillah, walaupun keletihan kerana  memandu seorang pergi dan balik, saya puas kerana dapat menunaikan tanggungjawab selaku ayah kepada anak-anak di sini. Saya juga cukup bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cukup memahami dan seorang YDP yang cukup prihatin dan sanggup berkorban.

Sebelah malam, setelah sempat berehat seketika, saya dijemput Pegawai HEP Pahang ke Asrama Malaysia Abbasiah untuk Majlis Sambutan Aidil Fitri 2010 yang dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sdr. YDP awal-awal lagi saya pesan supaya berusaha mempastikan rakan-rakan pimpinan lain untuk hadir seperti yang diminta pihak JPMK. Alhamdulillah, kebanyakan AJKT MKKK turut serta pada malam itu. Tetamu utama malam itu adalah Menteri Kesihatan Malaysia. Turut sama dalam rombongan selain pegawai-pegawai kementerian termasuklah mantan  Menteri Besar Perlis. Hampir kesemua pegawai KBMK, JPMK dan Pegawai HEP Negeri hadir sama meraikan majlis malam itu.










Di akhir majlis pelajar-pelajar telah diagihkan duit raya oleh YB Menteri Kesihatan dan mantan Menteri Besar Perlis.

Tiada ulasan: