Ahad, 19 September 2010

KEJOHANAN PING PONG PERSAHABATAN ANTARA KEDUTAAN ASEAN

Tanggal 18hb September 2010 dengan semangat berkobar-kobar, saya ke International Bowling Centre Cairo dengan ditemani isteri dan anak lelaki sulung, Muhammad. Kali ini, saya terpilih mewakili negara dalam acara ping pong,setelah berjaya dalam pemilihan yang diadakan di Asrama Malaysia baru-baru ini.


Antara negara yang ikut serta selain Malaysia, termasuklah Indonesia, Mynmar, Thailand, Vietnam, Filipina dan juga Brunei. Singapura telah menarik diri pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu. Pertandingan sistem kalah mati yang diadakan menyaksikan Malaysia diwakili Us.Muhaimin Pegawai HEP Perak yang mewakili acara perseorangan, manakala saya dan Ustaz Zulkifli pegawai JPMK mewakili negara dalm acara bergu. Turut bersama memberikan sokongan En Saiful Anuar Mohammad Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan isteri serta beberapa rakan pegawai. Hampir kesemua TYT Duta Negara-negara Asean hadir bersama kakitangan kedutaan masing-masing dalam kejohanan itu.




Alhamdulillah, walupun diberikan saingan yang sengit oleh bergu Indonesia di pertandingan akhir, saya dan Ustaz Zul muncul juga akhirnya sebagai juara  manakala johan perseorangan dimenangi peserta dari Brunei.



Bagi pihak arakan-rakan sepasukan, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan doa untuk kejayaan kami. Terima kasih daun keladi.

Tiada ulasan: