Petang 19hb.September 2010, saya dan oghang ghumah serta anak-anak ke Cairo Airport menghantar adik sepupu yang bercuti dua minggu serta menyambut hari raya aidil fitri di rumah saya di sini. Raihan adik sepupu saya sedang mununtut di tahun 2 dalam Fakulti Bahasa Arab di Universiti Muktah Jordan.
Raihan sampai ke Kaherah bersama tiga orang siswi Jordan yang juga memilih bercuti di sini ketika tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut hari raya. Sepanjang berada di sini, selain melawat sekitar Kaherah seperti maqam-maqam, qal'ah dan pyramid, Raihan juga sempat ke Tasik Faiyyum dan Iskandariah bersama rakan-rakannya selain bersiar-siar mengambil angin malam di pesisir Sungai Nil. Saya juga tak ketinggalan memberinya peluang mencuba "ruz laban dan kabab".
Buat Raihan,....moga berpuashati dengan layanan yang telah diberi...serta ampun maaf atas segala keterlanjuran khasnya dari adik-adik (anak-anak saya) yang memang "bertuah" itu...maklumlah kanak2.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan