Tanggal 12 Februari 2010, saya diundang merasmikan progaram Hal Ehwal Wanita Islam yang diadakan di Dewan At Tasamuh Wal Ikha' diringi Timbalan Pengerusi HEWI, Ukhti Nadia Ahmad. Alhamdulillah , saya bersyukur kerana ramai akhawat yang hadir memberikan sokongan kepada program ilmiah yang diadakan.
Sekalung tahniah buat HEWI Kedah yang berani menganjurkan program Forum Muslimah membicarakan sebuah tajuk yang saya kira cukup sensitif di kalangan masyarakat kita di Malaysia khususnya wanita. Forum bertajuk "POLIGAMI ANTARA EMOSI DAN SYARIAT" dianjurkan Unit Dakwah Majlis Kebajikan Keluarga Kedah itu membariskan tiga ahli panel. Selain Alfadhil Ustaz Aqli Ahmad selaku pensyarah Kolej Universiti Insaniah yang sedang menyiapkan tugasan PHDnya di sini dijemput selaku panel, turut diundang dua orang ustazah yang sudah berpengalaman sebagai isteri, iaitu seorang dari Johor dan seorang lagi dari Selangor.
Saya sempat mengikuti kupasan-kupasan menarik yang diberi ketiga-tiga ahli panel. Semoga semua kita khususnya para muslimah akan lebih memahami bahawa poligami sebenarnya suatu ketetapan hukum yang telah ditetapkan Allah SWT sebagai jawapan kepada masalah sebahagian dari kita. Poligami tetap kekal sebagai sebahagian syariat Allah sampai bila-bila...Dan, syariat Allah tetap baik, cantik dan indah!! ...Yang tidak baik.... yang tidak cantik dan indah adalah kita!!! Yang bila berpoligami gagal berlaku adil bahkan sebaliknya berlaku zalim dan kejam!!!
Kepada para muslimah khasnya para ustazah, pohon agar dapat bersama memberikan kefahaman pada masyarakat agar mereka menerima poligami sebagai syariat seperti yang ditentukan Allah SWT. Minta dijauhkan Allah, mereka yang digelar ustaz/ustazah tiba-tiba menjadi dalang menolak syariat dan hukum Allah SWT!
1 ulasan:
Salam Ustaz.
Alhamdulillah saya tengok(dalam gambar) ayah ustaz dak sihat. Lama juga ustaz tak up date blog, sibuk kut selama 3 minggu balik Kedah. Semoga ustaz dapat berjumpa ayah ustaz di lain waktu dengan izin ALLAH.Tenaga ustaz amat diperlukan untuk menjaga kebajikan pelajar2 Kedah di Timur Tengah demi untuk Islam.
Catat Ulasan