Jumaat, 12 Mac 2010

DARINYA KITA DATANG...KEPADANYA KITA KEMBALI!

Salam rindu dari kejauhan..

Tanggal 10hb Mac 2010, satu kemalangan yang tidak disangka berlaku di Iskandariah melibatkan seorang pelajar Fakulti Perubatan dari Tonto. Beliau dilaporkan tergelincir dari tingkat 4 bangunan kediaman rakannya di sana. Demikian ketetapan Allah yang Maha Bijaksana  yang mengatur segala-galanya!

Sekitar 10 pagi 11hb Mac 2010, setelah melalui proses yang melelahkan, akhirnya jenazah selamat dimandikan dan dikafankan serta dibawa dengan kenderaan yang disewa khas ke Dataran Haiyyu 'Asyir untuk disembahyangkan oleh rakan-rakan serta lain-lain warga Malaysia di sini. Turut hadir dalam solat jenazah pelajar malang ini termasuklah Pengarah JPMK Prof.Dr jamil, pegawai-pegawai JPMK dan HEP Negeri selain beberapa tetamu dari Malaysia yang kebetulan dalam lawatan ke sini seperti rombongan bekas MB Perak YB Ir.Nizar dan lain-lain.


 

Saya berkesempatan bersama lain-lain mengringi jenazah ke "Perkuburan Keledang" untuk disemadikan di sana. "Perkuburan Keledang" adalah kubur Malaysia terbaru hasil sumbangan pihak tertentu  di Malaysia dan juga penyumbang luar negara dan pelajar ini adalah jenazah pertama yang menjadi penghuni di situ.



 





Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni beliau serta menggolongkannya bersama hamba-hambaNYA yang mendiami Firdausi...Aaameen ya Rabbal 'aalamin.

2 ulasan:

PRO ISLAM berkata...

Salam ustaz,

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Semoga Allah panjangkan umur kita dalam ketaatan dan matikan kita dalam rahmat dan keampunan serta redha dariNya yang berkekalan...