Jumaat, 22 Mei 2009

HARI KELUARGA KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH 2009

Setelah memberi persetujuan hadir dua hari lepas bila dihubungi salah seorang pegawai di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), hari ini selepas solat Jumaat saya membawa seisi keluarga untuk bersama dalam program Hari Keluarga KBMK Tahun 2009. Program tahunan ini kali ini diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah.

Program yang bermula jam 3.30 petang waktu Mesir itu telah dirasmikan Pemangku Duta iaitu En. Mohd. Puzi Dahman. Kebanyakan pegawai dan kakitangan kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Turut memeriahkan program ini pegawai-pegawai anak negeri yang kebanyakannya baru seperti saya di sini. Mereka juga datang dengan keluarga masing-masing.



Bersedia di Garisan Permulaan




Pulun Kedah Pulun!!!

Kesempatan bertemu dengan rakan-rakan saya gunakan sepenuhnya untuk berkenal-kenalan dan belajar apa-apa yang patut khususnya dari mereka yang sudah lama di bumi anbiyak ini. Masing-masing yang hadir nampak cukup gembira dan berpuas hati. Paling kelihatan gembira tentu saja anak-anak yang memang lebih cepat mesra dengan rakan sebaya mereka. Berbagai pertandingan disusun oleh pihak penganjur untuk mereka. Selain yang menang acara diberi hadiah, semua yang hadir dari kategori bayi sampailah kategori dewasa diberi cenderahati.


Mujahid berjaya meraih tempat ke 2.....


Program diakhiri dengan makan malam di Kafeteria Dewan Malaysia Abbasiah setelah solat Maghrib berjamaah. Objektif saya hadir tercapai iaitu untuk mempertautkan ukhuwwah menjalinkan persaudaraan dan meningkatkan persefahaman antara sesama pegawai anak negeri dan khususnya antara saya dan pegawai-pegawai dan kakitangan KBMK dan JPMK selain silaturrahim antara keluarga masing-masing dapat dieratkan.

Tiada ulasan: