Sekitar jam satu pagi Sabtu 16hb Mei kurang lebih saya bersama pimpinan MKKK bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah menghantar Tuan Hj. Mohd Zuhdi dan rombongan kembali ke tanah air. Mereka menaiki penerbangan Egyptair ke Kuala Lumpur yang dijadualkan berlepas pada jam 4.50 pagi waktu Mesir.
Bergambar kenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah
Terharu saya mendengar amanat akhir Tuan Hj. Mohd Zuhdi yang berpesan supaya menjalankan tanggungjawab dengan baik di sini. Terasa sedih juga melepaskan kepulangan rakan-rakan kerana sejak dua tahun terakhir ini empat kali saya bertandang ke Mesir disambut dan dihantar. Tetapi kali ini saya hanya disambut setelah dihantar ketua jabatan saya dan kemudian saya tinggal di sini untuk antara lain tugas saya menyambut tetamu yang sampai dari tanah air dan menghantar mereka ke air port!.....Untuk sekurang-kurangnya dua tahun.!
Bersama sebahagian siswi yang mengiringi kepulangan
Alhamdulillah semua urusan check in berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami sempat bergambar kenangan sebelum ahli rombongan berlepas dengan seribu satu kenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan