Bersama Ustaz Zainuddin teman lama di UIA
27 Mei saya ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) untuk satu mesyuarat berkaitan Asrama Darul Aman 3, asrama terbaru yang dibeli oleh kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dua tahun lalu. Pemangku TYT Duta Besar telah memanggil kontraktor atau pemajunya seorang warganegara Mesir serta peguamnya untuk saya diberikan taklimat berkaitan hak milik bangunan berkenaan yang masih lagi dalam proses. Sememangnya, antara perkara yang diminta YB Exco Kerajaan Negeri sebelum saya berangkat ke sini tempoh hari adalah menyelesaikan masalah hak milik bangunan berkaitan. Ketika saya sedang bersarapan di kantin KBMK bersama Pemangku TYT, beliau dihubungi kontraktor berkenaan yang tak dapat hadir kerana ada urusan lain di Iskandariah. Hari itu, lebih dua jam saya di bilik sahabat lama saya Ustaz Zainuddin Abdul Rahman Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Banyak perkara dan maklumat yang kami kongsi hingga yang kabur menjadi terang, yang sembunyi menampakkan wajah! Saya bersyukur kerana disebalik pertemuan dengan Ustaz Zainuddin, tersimpan mudahnya jalan saya di sini.... Mudah-mudahan!

Dari kanan Peg. Pahang, Menteri Penasihat KBMK, Atase Pendidikan JPMK dan Peg. Selangor
Berkaca mata Pegawai Terengganu
28hb. Khamis saya ke KBMK buat dua hari berturut-turut. Kali ini mesyuarat yang diatur benar-benar berlangsung tanpa masalah. Mesyuarat berkaitan Penggunaan Dataran 'Aasyir ini dipengerusikan oleh Menteri Penasihat KBMK Tn Hj Saharuddin Hassan turut disertai Pengarah JPMK Prof. Madya Dr. Jamil Hashim, Atase Pendidikan JPMK Us. Zainuddin Ab Rahman, Pegawai Kebajikan Selangor Ustaz Abdul Halim Saljadi, Pegawai Kebajikan Terengganu Us. Hj Ahmad Kamal Abdullah, Pegawai Kebajikan Pahang Us. Ahmad Fared Mohd. Din selain saya sendiri selaku Pegawai Kebajikan Anak Kedah.
Kunjungan hormat ke bilik Pengarah JPMK
Alhamdulillah semua agenda selesai tanpa masalah. Perbincangan berlangsung dengan penuh harmoni walaupun ada beberapa pindaan dibuat kepada garis panduan yang dicadangkan. Akhirnya persetujuan bersama yang diambil diharap akan dilaksana dengan penuh kebijaksanaan. Moga masing-masing mendapat hak di Dataran milik bersama itu! Yang paling penting, semangat persaudaraan, tolenrasi dan hormat menghormati sesama rakyat Malaysia di Mesir ini akan terus subur dan mekar disirami ruh ajaran Islam yang suci!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan