Tiap tibanya 16 Mei setiap tahun saya tak terlepas menerima ucapan "Selamat Hari Guru" dari bekas pelajar saya yang masih mengingati diri ini. Demikian antara nikmat menjadi pendidik atau guru. ....Terkenang lebih sepuluh tahun bergelumang dalam dunia pendidikan secara langsung sebagai guru di sekolah. Indahnya zaman itu tiada perinya!
Siapa pun kita...Apa pun kedudukan kita....Apa saja pangkat jawatan kita...sebenarnya... kita tak akan dapat lari dari diasuh guru. Hakikatnya kita adalah hasil sentuhan ilmu yang diajar guru pada kita dulu. Tiada siapa pun boleh mendabik dada, bahawa dia hari ini kerana dirinya sendiri... Tidak sama sekali tidak! Justeru, hebatnya ilmu di dada seorang ulamak.....petahnya peguam dalam bicara , karyawan dengan karyanya, sasterawan dengan sasteranya, doktor dengan perubatannya,..... hatta, bijaksananya pemimpin menguruskan negara...SEMUANYA adalah hasil tabah, sabar dan gigihnya seorang GURU mengajar tulis baca!
Kerana yang demikian, wajiblah seorang murid itu menghormati gurunya...berbuat baik padanya..memulia dan mendoakannya. Sesungguhnya berkat ilmu itu juga datang dari hormatnya murid akan gurunya. Marilah kita memulia dan menghormati guru kita di semua peringkat...semua tahap. Sejak kita diasuh di tadika sampailah kita melalui alam sekolah rendah, menengah, universiti dan sebagainya. Siapalah kita tanpa seorang GURU!
Pada mereka yang mengucapkan selamat pada saya dan isteri yang juga seorang guru, sama ada melalui SMS atau melalui ruangan "Hayya Natahaddath" di Blog saya ini, saya ucapkan terima kasih banyak atas ingatan dan doa. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan BerkatNya kepada kita semua. Semoga guru-guru kita sentiasa dalam peliharaan Allah dan dalam kebajikan selalu. Aaameen.
Buat anak-anak didik saya di Lembah Nil ini yang sudi di tengah-tengah kesibukan menghadapi peperiksaan akhir, menyediakan "kek Selamat Hari Guru" buat ABAH & MAMA yang istimewa.... Abah & Mama ucapkan Jazakumullah Khairan Kathiran. Natamannaa lakom attaufiq wan najah...Aameeen.
1 ulasan:
Assalamualaikum warahmatullah
Alamdulillah, kita dapat berhubung lagi walaupun hanya melalui 'maya'. Walaupun Tuan tidak mengenali saya secara peribadi, tapi untuk pengetahuan tuan, saya adalah 'peminat' tuan. Terasa juga kehilangan 'suara' dan nasihat2 tuan yang amat berguna sebagai panduan kami pendengar2 KedahFM.Namun demikian, kami relakan pemergian tuan untuk tujuan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Mengetahui. Tentulah sekali banyak hikmahnya yang tidak diketahui oleh kita sebagai manusia biasa didunia ini. Harapan saya supaya tuan akan terus menulis dan memberi pendapat yang berguna kepada kami disini.
Daripada: Mustofa Yaacob, SP
Catat Ulasan