Rabu, 16 September 2009

IMPIAN YANG MENJADI KENYATAAN

Salam Ramadhan dari kejauhan...

Impian seorang anak muda, warganegara Mesir bernama Toha Ferrig yang pernah saya kisahkan dalam blog saya tidak berapa lama dulu, untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Insaniah di Kedah tidak pernah padam.

Dari kampungnya di Qalyubi dia kerap menghubungi saya samada melalui telefon ataupun tiba- tiba muncul menziarahi saya di pejabat maupun di rumah. Sukanya dia, bila saya katakan padanya yang saya dah menganggap dia seperti anak saya sendiri. Saya ingin melihat dia berjaya seperti orang lain, seperti anak-anak saya yang lain. Apalagi bila saya melihat anak muda bernama Toha ini ada keistimewaannya tersendiri...Dia seorang yang rajin membantu orang lain...khususnya, anak-anak Malaysia maupun Indonesia....Dia hafiz Quran yang suka menggunakan Bahasa Arab Fushah bila berbicara. Bahkan, dia dah siap belajar Bahasa Melayu! Barangkali, oleh kerana saya biasa ke kampungnya..ke rumahnya dan mengenali keluarganya dan dia pula kerap dengan saya, biasa berbuka di rumah saya...menjadikan saya cukup simpati dengannya mendengar kisah hidupnya. Sekadar yang termampu, saya usahakan agar dia dapat mencapai impiannya untuk ke Malaysia.

Berkelana saat Syawal menjelang tiba..

Tanggal 25 Ramadhan, dalam saat orang lain barangkali mula pulang ke kampung untuk berhari raya dengan sanak saudara...anak muda berjiwa kental ini, akhirnya menaiki kapal terbang buat kali pertama dalam hidupnya demi sebuah cita-cita. Kecuali ibu ayahnya yang sudah tua, Taha dihantar oleh ramai saudara mara dan orang kampungnya. Sayangnya, saya tak dapat hadir lebih awal ke lapangan terbang, jadi saya tidak berkesempatan bertemua ahli keluarga yang ke air port bersamanya.

Teman-teman Malaysia dan Indonesia...kenangan terakhir sebelum berangkat

Dari anak matanya...dari tutur bicaranya...saya melihat semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya di sana! Dia berjanji dengan saya untuk menjadi yang terbaik di Insaniah nanti. Selain kata semangat dan nasihat, saya hanya ada doa untuk seorang Toha....Allahumma faqqihhu fi ddin...Allahummaj 'alna waiyyahu minal ulama'il 'aamilin..Ya Rabbal 'aalamin.

Buat Toha...Ikhlaskan hati dalam menggali ilmu keranaNYA, kuatkan tekad dalam berusaha, berikan tumpuan dan tidak patah semangat dengan ujian, sabar dalam menempuh tiap getir cabaran, dampingi guru dan berbakti padanya, jangan sombong bila berjaya, jangan takabbur dengan kehebatan diri....Allah benci kepada mereka yang sombong dan meninggi diri! Ya Toha..Sir ya bni..Sir....'ala barakatillah...!! Bit taufiq wan najah...

Tiada ulasan: