Alhamdulillah...Setelah terputus hubungan dengan ahli rombongan yang berada di sempadan Sudan dalam rehlah ilmiah bersama Fadhilatus Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki, akhirnya beliau selamat sampai bersama semua ahli rombongan ke Kaherah sebelum Asar Khamis lepas. Kecuali sebuah bas yang mengalami "pancit" pada salah satu tayarnya...,kenderaan yang lain tak punya masalah dalam perjalanan yang panjang itu. Seperti dalam perjalanan pergi tempoh hari, Syeikh dan ahli rombongan singgah di separuh jalan untuk bersahur.
Perjalanan di jalan lurus ke Humaisara sebenarnya mengambil masa hampir 14 jam. Bahkan saya dimaklumkan, dari jalan utama, ahli rombongan terpaksa menepuh perjalanan hampir tiga jam iaitu kira-kira 110km untuk sampai ke Humaisara yang merupakan sebuah pekan kecil yang lahir dengan sebab kewujudan makam As-Saiyyid As-Syeikh Abu Al Hasan As-Syazuli r.a di situ. Sebenarnya kalau dilihat kepada sejarah hidup beliau, As-Syeikh sebenar jatuh sakit dan meninggal di Wadi Humaisara ini ketika beliau bersama sejumlah muridnya dalam perjalanan ke Mekah Mukarramah.
Peserta rehlah dapat melalui pengalaman berada di tengah wadi yang hanya punya dua telaga dan beberapa batang pokok dan sekadar dibekalkan tenaga elektrik secara berkala melalui generator. Cuaca yang panas dan kering menjadikan masing-masing cukup merasi "nikmat berpuasa". Masa dirasa begitu panjang di Humaisara kerana kepanasan yang agak luar biasa. Ramai dikhabarkan yang terpaksa menggunakan pelabagi cara untuk mengurangkan bahang panas termasuk membasahkan tuala dan membelitkannya di kepala selaian ada yang mandi dengan seluar jubah dan baju pagoda dan membiarkan kering sendiri di badan dan sebagainya....
Anak-anak warga Humaisara....alah bisa tegal biasa!!
Yang pasti.....Selain banyak ilmu dan pengalaman yang dikutip di sana, para peserta juga berpeluang memperolehi banyak pahala di atas lebih banyak pengorbanan dan kesabaran sepanjang mengikuti rehlah ilmu dan ziarah maqam, "program dalam program "yang diadakan kali ini....Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan