Tanggal 31hb Ogos 2009, program Pengajian Tafaqquh bersama Fadhilatus Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki yang bermula sejak 21 Ogos yang lalu telah ditangguhkan di Kaherah. Ini adalah disebabkan Fadhilatus Syeikh dan sejumlah hampir 150 pelajar dengan 3 buah bas yang disewa khas telah ke Humaisara - Aswan.
Di samping menziarahi makam Sheikh sufi yang terkenal berketurunan Sayyidina Ali bin abi Talib r.a iaitu As-Saiyyid As-Syeikh Abu Al Hasan As-Syazuli r.a pada Ramadhan yang penuh barakah ini, pengajian tafaqquh juga akan diteruskan di sana. Namun, oleh kerana Humaisara ini adalah kawasan yang sangat hampir dengan sempadan Sudan, tiada talian internet dan telefon yang disediakan menyebabkan kita tidak dapat menyiarkan majlis taalim yang diadakan di sana secara langsung. Syeikh dan rombongan hanya akan sampai semula ke Kaherah pada 3 September bersamaan 13 Ramadhan yang akan datang.
Hampir jam 1.30 pagi saya di laman Asrama menghantar Fadhilatus Syeikh dan ahli-ahli rombongan. Sebelumnya, pengajian selepas Solat Tarawih berjalan seperti biasa dan sebaik selesai hampir jam 12 malam bas pun sampai. Saya melihat penyertaan dari seluruh negara walaupun Kedah yang menjadi penganjurnya...Bahkan saya rasa cukup bahagia melihat rehlah ilmu ini juga turut disertai sejumlah pelajar aliran perubatan selain dominasinya pelajar aliran pengajian Islam.
Melihat urusetia saya yang sibuk dan tak kenal penat mengemaskan barang-barang untuk di bawa ke sana seperti tilam, peralatan memasak, bahan mentah masakan di samping kitab-kitab pengajian, saya cukup2 bersyukur kerana Allah SWT anugerahkan kepada Negeri Kedah, anak-anaknya yang gagah dan gigih dalam mencari ilmu Allah SWT dan tak kenal letih dan jemu melakukan kerja-kerja kebajikan. Semoga keadaan akan berpanjangan sampai bila-bila...Aamen.
Kita menyediakan sebuah Avanza yang disewa khas membawa Fadhilatus Syeikh dan isteri. Perjalanan pula akan mengambil masa sekitar 12 jam dan menempuh lebih 1000 km.
Demikian mujahadahnya tholib ilmu.....Semoga selamat pergi dan balik...Aameeen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan