Ahad, 27 September 2009

LAWATAN PENGARAH JHEAIK

Selang sehari setelah ke lapangan terbang menyambut rombongan pelajar baru yang diketuai Tuan Syeikh Ismi Anuar, saya sekali lagi ke sana bersama Syeikh Ismi bagi menyambut kedatangan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman JHEAIK Ybhg. Dato' Kharuddin bin Zain yang tiba dari Amman Jordan.


Kenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebaik tiba dari Amman

Ybhg. Dato' sampai bersama dengan Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud LMM yang baru iaitu Tuan Syed Isa serta mantan SU LMM Encik Zaid. Turut mengiringi mereka pemilik Razihan Holidays sendiri iaitu Hj. Razihan. Ybhg. Dato' sebenarnya mengetuai rombongan menghantar lebih 30 pelajar Kedah yang melanjutkan pelajaran mereka ke Jordan.





"Belajar sungguh-sungguh, balik tolong Kedah!!"

Selain Ybhg. Dato' dan ahli rombongan dibawa melawat sekitar Kaherah dan Fayyuom, kita juga telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Ybhg. Dato'. Kehadiran semua pelajar baru dalam majlis tersebut telah digunakan sepenuhnya oleh Ybhg. Dato' untuk menasihati pelajar-pelajar termasuk yang mengambil jurusan perubatan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang selain menjaga perilaku ketika berada di negara orang.
 

Makan malam kabab, kuftah dan merpati sumbat nasi di Farhat Restaurant


Syukur Alhamdulillah...!



 Restoran betul-betul di gigi air



Ikan dan udang bakar



Perjalanan mengambil masa sejam...angin sepoi-sepoi bahasa



Menikmati ais krim dan menghirup teh yang disediakan



Bersama rakan YINK dan Zakat



Panaroma indah Sungai Nil



Kapal Persiaran mewah



Sebuah lagi kapal



Sebuah Hotel Mewah di gigi Nil 

Ybhg. Dato' dan lain-lain ahli rombongan turut diraikan oleh Mr. Manyalawi dengan makan malam  di Restoran Farhat yang terkenal di pinggir Kaherah dan juga di sebuah Restoran Seafood di gigi Nil. Semua begitu teruja dapat peluang mengelilingi "Jazirah" atau pulau semula jadi yang mengambil masa kira-kira sejam pada waktu malam yang indah dan meriah dengan bot-bot serta kapal pesiaran di samping panorama kerlipan lampu dari bangunan hotel di tepi Sungai Nil yang cukup terkenal itu.


Bergambar ramai kenangan sebelum berangkat pulang...

Ybhg. Dato' berangkat pulang bersama lain-lain ahli rombongan termasuk Tn. Syeikh Ismi, En. Zaki dan rakan-rakan dari YINK serta Ustaz Riduan Pen. Setiausaha Jabtan Zakat Negeri pada 30hb.September2009 dengan menaiki Kuwait Airways.

Tiada ulasan: