Sabtu, 26 September 2009

KETIBAAN PELAJAR BARU

Tanggal 25hb September 2009, sejumlah 69 pelajar baru menjejakkan kaki kali pertama ke bumi Mesir ini dengan diketuai Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, Tuan Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim. Selain beliau, turut serta dalam rombongan itu termasuk seorang pegawai dan dua kakitangan Yayasan Islam Negeri Kedah selain Penolong Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah yang turut datang menghantar untuk kali pertama 4 pelajar perubatan tajaan Jabatan Zakat Negeri. Turut menjadi urusetia ialah Ketua Unit Sekolah Agama di Bahagian Pendidikan JHEAIK, En. Ismail atau Cikgu Mail.


Sesak bersama mereka yang menyambut kepulangan sanak saudara dari Umrah


Bersama pimpinan persatuan MKKK dan PMRAM


Bersama SU agung dan Pengarah USMB

 
Bersama HEWI MKKK dan PMRAM


Teruja



Bakal Doktor...




AlUlamak Warasatul Ambiyak


Mujahidah Fil Lah



Ustaz Ridwan Penolong Setiausaha Jab. Zakat Negeri Kedah
Tn.Syeikh Ismi, En. Siraj Pendaftar AQ dan Cikgu Mail


 Kenangan di Cairo Air Port




Exco MKKK bertungkus lumus memasukkan beg ke dalam bas

 
Beratur menaiki bas ke Haiyyu Sabiek

 
  Bersama pegawai pengiring depan Asrama Darul Aman 3


Oleh kerana ID atau kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Mesir untuk kegunaan saya masih belum siap, maka saya tak dapa masuk ke dalam untuk menguruskan rombongan. Suasana di lapangan terbang hari itu cukup sibuk...penuh dengan pengunjung. Kebetulan beberapa penerbangan berturut-turut sampai membawa ramai jemaah Mesir yang pulang dari menunaikan ibadah Umrah.


Silakan Boss...!

 
Bilhana wa sshifa


 
Selamat sampai di Madinat Nasr - Haiyyu Sabiek

 
Syil yabnii...syil..jazakumullah!

 
Asingkan banin dan banat...

 
Bergambar kenangan bersama semua urusetia

 
Bergambar bersama pengiring pelaja  dan siswi-siswi baru

Tiba di Asrama Darul Aman 3, semua pelajar dihidangkan makan tengahari di Dewan manakala para pegawai pengiring diberikan jamuan di Rumah Pegawai. Kepada semua yang terlibat khususnya Urusetia Sambutan Pelajar Baru 2009, Penasihat, YDP dan Exco MKKK, HEWI dan juga PMRAM, abah ingin mengalungkan syabas dan tahniah di atas komitmen anda semua. Terima kasih tidak terhingga di atas segala jasa dan pertolongan yang dihulurkan. Semoga Allah mengganjari kalian semua dengan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti dandikurniakan  ilmu melimpah ruah yang berkat....! Aameen.

2 ulasan:

PRO ISLAM berkata...

Salam.

Semoga depa semua belajar besungguh-sungguh supaya bila balik nanti menjadi pendakwah dan pejuang ISLAM sejati... semoga "KEDAH SEJAHTERA" Amin

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Salam..

Semoga bumi Kedah terus segar dan subur dengan siraman ilmu dan hikmah AlQuraan dan AsSunnah....Moga tiada yang tergamak menjadi gunting dalam lipatan...!!..Moga Kedah terus Sejahtara...Aameen