Sabtu, 27 Mac 2010

PROGRAM BINA INSAN UNTUK PELAJAR KEDAH - MESIR 25 - 27 MAC

23 Mac 2010 - Awal pagi, rombongan Kerajaan Negeri yang meliputi penceramah dan urusetia sampai dari Kedah melalui penerbangan EgyptAir disambut meriah dan terus dibawa bersarapan pagi "Selamat Datang"di kediaman pegawai di Asrama Darul Aman 3. Turut bersama dalam rombongan YBhg. Dato' Andika Raja Dato' Wira Hj Mohd Zain Osman  Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, YBhg SS Dato' Syeikh Uzir Baharom Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, YBhg. Dato' Haji Khazali Haji Din, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, YBhg. Tuan Haji Mohd Zohdi Haji Saad, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah Darul Aman, YBhg. Tuan Haji Mat Noh Ahmad, Pegawai Daerah Sik, YBhg.Tuan Haji Bukhari Abdullah, Pengurus Besar INSPIN selain YBhg. Tuan Hj Harun Mat Isa, Pengurus Program Integriti INSPIN dan YBhg. En.Ahmad Zamri Hasim Penolong Pengurus Pentadbiran YINK yang bertindak selaku urusetia.

 
 
 
 
 
Semua ahli rombongan kemudiannya dihantar berehat di Rumah Tamu Asrama Darul Aman 3 dengan kedua-dua urusetia program terpaksa berpuas hati tidur di ruang tamu sahaja memandangkan semua bilik telah penuh. Apapun, kita cuba memberikan layanan terbaik kepada semua ahli rombongan.. :) Sebelah petang saya membawa urusetia termasuk Tn Hj Mohd Zohdi dan Tn Hj Bukhari melihat persiapan akhir di Hotel Cairo Khan lokasi kursus diadakan sebelum semua dibawa makan malam di sebuah restoran di Tajammuk Khamis bersama Mr.IR Manyalawi .




24 Mac 2010, semua ahli rombongan dibawa melawat Kota Iskandariah, sebuah kota pelancongan pinggir Laut Mediterranean yang terkenal kerana masih ada masa senggang yang mencukupi. Sebagai salah seorang urusetia program sebenarnya saya dah awal-awal lagi mengadakan mesyuarat awal bersama Tn Hj Harun, En Zamri sambil dibantu oleh Pembantu Tadbir Pejabat, Sdr Fairuz..





Ahli rombongan hanya sempat dibawa melawat beberapa lokasi sahaja di sana seperti Masjid Imam Bushairi pengarang kitab barzanji, Kota Qatbay, Perpustakaan Iskandariah selain Istana Raja Farouk di Montazah. Sebelum bergerak ke Perpustakaan Iskandariah dan melawat Montazah semua ahli rombongan dibawa makan tengah hari di sebuah  restoran makanan laut.  Lewat malam, semua ahli rombongan yang keletihan tiba dari Iskandariah dibawa makan malam di sebuah restoran nasi mandi berhampran Roxy.










25 - 27 Mac 2010, Program Bina Insan Untuk Pelajar-Pelajar Kedah Di Mesir bermula dengan sedikit masalah di peringkat awal disebabkan pihak hotel yang lewat memaklumkan akan adanya perhimpunan dan talk kepada pihak berkuasa Polis Mesir. Alhamdulillah kerana saya sudah sampai ke hotel sejak awal pagi. Setelah berbincang agak panas dan panjang dengan polis biasa dan luar biasa, akhirnya para peserta dibenarkan masuk ke dewan setelah setengah jam menunggu.

 
 





Program berjalan lancar dengan pembentangan demi pembentangan disusuli sesi bengkel dan pembentangan dari kalangan peserta. Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh dan dukacita juga kerana ada yang pulang tanpa kebenaran urusetia dengan alasan remeh....Semoga Allah berikan hidayah!















Saya juga sempat mengiringi sebahagian ahli rombongan yang "tidak kena giliran" memberi ceramah  turun membeli belah di Khan Khalili dan jalan-jalan di sekitar Masjid Sayyidina Husein yang kebetulan sangat meriah menerima kunjungan kerana kebetulan "hari cuti minggu di Mesir". 



 
Hari terakhir semua peserta checkout awal dari hotel sebaik selesai makan pagi dan kemudian dibawa dengan bas ke Asrama Malaysia Abbasiah. Semua peserta kemudian bergabung dengan sejumlah mahasiswa dan mahasiswi Kedah yang juga dibawa dengan 4 buah bas yang disewa khas untuk program Perasmian Penutup Program Bina Insan dan Majlis Ramah Mesra Bersama YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Amman di Dewan Asrama Malaysia Abbasiah. Disebabkan komitmen lain yang tak dapat dielakkan,YBhg. Dato' Haji Khazali Datuk Bandaraya Alor Setar telah diamanahkan YB Dato' SS mewakili beliau.




 








Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan sempurna dan disudahi dengan penyampaian sijil dan cenderamata seterusnya jamuan makan tengah hari. Program yang bermula sejak jam 10.30 pagi berlanjutan hingga pukul 1 petang dan YBhg. Dato' berbesar hati berdialog dengan para peserta dan anak-anak Kedah yang hadir.








Buat semua anak-anak Kedah banin dan banat yang telah ikut menjayakan program pada hari akhir serta semua peserta Program Bina Insan selain barisan urusetia yang bertungkuslumus membantu menjayakan program, Saudara Fairuz, Farahi, Hafizuddin selain SU Agong MKKK, Abah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga segala amal bakti yang telah disumbang akan dibalas berlipatkali ganda pahala dan kebaikan dari sisiNYA. Aameen.

Selesai majlis di ARMA, saya mengiringi semua ahli rrombongan membuat lawatan ke bangunan Asrama Darul Aman 2 yang sedang dibaikpulih di Kompleks Haiyyu 'Asyir. Turut bersama adalah Mr.IR Mohd Manyalawi dan beberapa orang juruteranya.









Besok, saya dan Fairuz akan bersama semua ahli rombongan bertolak ke Syria untuk melaksanakan program yang sama untuk pelajar-pelajar Jordan dan Syria yang akan bermula 30 Mac nanti.

1 ulasan:

PRO ISLAM berkata...

Salam Ustaz,

Semoga dengan adanya kursus saperti ini dapat memamtapkan dan mematangkan graduan di bidang agama untuk disebarkan ilmu mereka kepada umat apabila depa pulang ke Kedah kelak.