28 Mac 2010 - Banyak juga pesanan bos saya Tn.Hj.Mohd Zohdi sewaktu bertandang ke rumah saya sebelum naik bersiap-siap untuk berangkat ke Syria. Kurang lebih jam 11 pagi, saya dan Fairuz menyertai ahli-ahli rombongan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang telah berkampung di sini sejak 23 Mac lagi, bertolak ke Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk menaiki pesawat EgyptAir yang dijangka berlepas pada jam 1.35 petang menuju ke Damsyik, Syria.
Terima amanat dari bos...
Bergambar kenangan di hadapan kediaman sebelum ke airport
Kenangan sejurus sebelum masuk ke balai perlepasan Cairo International Airprot
Perjalanan ke Damsyik cuma mengambil masa lebih satu jam setengah. Alhamdulillah kerana hidangan tengah hari disediakan untuk para penumpang walaupun bukan nasi. Perjalanan siang hari dengan pesawat yang ditumpangi tidaklah begitu tinggi membolehkan kita meninjau keadaan bentuk muka bumi. Sepanjang perjalanan, yang dilihat dari atas adalah gurun pasir yang tersisip di celah-celahnya bukit batu tanpa tumbuhan. Saya terbayang bagaimana para sahabat Rasulullah SAW, pejuang-pejuang Islam dulu yang begitu gigh dan gagah meredah kepanasan dan merempuh kepayahan dalam memperjuangkan ketinggian agama yang suci ini. Betapa hebatnya iman mereka....Allahummarzuqna iimanan shodiqan.Ya Rabb!!..
Syria - Damascus dari udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Damascus agak kecil lebih kurang Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Saya dan semua ahli rombongan disambut En.Yasir warga Syria, wakil syarikat pelancongan serta pimpinan Keluarga Kedah Di Syria KKDS yang diketuai Ketua Penasihatnya Sdr.Zahir, YDPnya Sdr Azfar dan SU Agongnya Sdr Faiz.. Perjalanan dari air port ke hotel penginapan "Four Seasons Resort" yang terletak di pinggir bandar Damsyik mengambil masa hampir satu jam. Selepas makan malam di hotel, saya dan semua ahli rombongan keluar ke bandar Damsyik yang juga dikenalli dengan Syam melihat suasana malam. Jelas sekali di Damsyik kedai-kedainya ditutup lebih awal iaitu sekitar jam 9 malam berbanding Kaherah yang ditutup selepas tengah malam. Seronok juga melihat pemandangan kota Damsyik dari atas Jabal Qasiun sambil digigit angin sejuk yang memang masih agak kuat di Syria ini.
Mengisi borang sebelum Imegresen
Beratur melepasi Imegresen Syria
Bersama En. Yasir pemandu pelancong, En.Zam YINK, Azfar dan Faiz
Bersama SS Dato' Syeikh Uzir YDP MAIK
Bersama Dato' Khazali, Datuk Bandar Bandaraya Alor Setar atas "Jabal Qasiun"
Bandar Damsyik dari "Jabal Qasiun"
Sayangnya...kedai banyak tutup
29 Mac 2010 - Selepas sarapan, ahli-ahli rombongan dibawa dengan bas diiring En.Yasir melawat sekitar Damsyik. Oleh kerana sebahagian sudah pernah sampai ke sini, hanya sebahagian sahaja yang bersetuju dibawa menziarahi makam- termasuk makam keturunan Rasulullah SAW yang memang banyak di Syria ini. Saya diarah bos mengiringi YBhg.Dato' Andika Raja, Dato' Syeikh Uzir, Dato' Khazali selain Tn Hj Mohd Zohdi sendiri turun berhampiran Souq Hamidiyyah, sementara yang lain bersama En.Yasir menziarahi makam. Alhamdulillah kerana saya dah sampai ke sini pada tahun lalu. kerana kalau tidak tentu sedih juga sebab tak dapat ziarah makam Lebih kurang dua jam kemudian semua ahli rombongan bertemu semula di Masjid Omayyah di hujung Souq Hamidiyyah sebelum dibawa makan tengah hari di sebuah restoran berdekatan.
Jalan di kota Damsyik
Lorong panjang "Souq Hamidiah"
Kawasan lapang tempat tentera Islam menerima arahan Sultan Salahuddin Ayyubi
Masjid Omayyah - ada maqam Nabi Yahya, Salahuddin Al Ayubi
Makan tengah hari dengan menu yang sama
Jadi penterjemah..."borong sakan Dato'!"
"Muka pintu...Souq Hamidiah"
Petang itu, selepas makan tengah hari dan kemudian solat jamak di Masjid Omayyah, masing-masing mundar mandir di Souq Hamidiyyah untuk meneruskan agenda membeli belah sebelum bas yang sama membawa semua ahli rombongan balik ke hotel penginapan. Walaupun kelihatan banyak yang dibeli, nampaknya masing-masing macam tak puas sebab tak cukup masa. Sampai di hotel malam dah lama menyerkup Syam...Malam itu, semua ahli rombongan makan malam dalam keletihan kerana kaki penat berjalan. Tidur awal, sebab besok, program akan bermula pada awal pagi.
Nampak kena mai lagi tu...
Sedang menunggu bas
30 Mac - Sekitar jam 2 pagi peserta-peserta Jordan sampai dengan bas ke hotel. Manakala peserta-peserta Syria sampai dengan bas yang disewa sekitar jam 7 pagi. Setelah masing-masing bersarapan pagi, program pun bermula dengan pendaftaran peserta di dewan yang terletak di sebelah bangunan yang menempatkan bilik-bilik penginapan. Setelah sesi taklimat dari urusetia serta sesi perasmian yang disempurnakan oleh Pengurus Besar YINK Tn.Hj Mohd Zohdi, saya menjadi pembentang pertama menggantikan tempat YBhg Dato' Syeikh Uzir Baharom, manakala tiada perubahan pada pembentang-pembentang yang lain. Sebelah malam pula, seperti biasa diadakan sesi bengkel dan pembentangan yang menguji para peserta untuk bekerjasama dalam kumpulan yang sengaja tidak diasingkan antara lelaki dan perempuan. Kita sengaja "campur" lelaki dan perempuan untuk menyediakan para peserta dengan realiti dan suasana sebenar di Malaysia khususnya sewaktu berkerjaya nanti.
Banat Syria baru sampai..
Banin Syria tengah futhur
Barisan urusetia bersama Mr Ziyad (Manager Hotel) dan Mr Ghassan ( Sya. Pelancongan )
Penuh ceria dan semangat
Ice breaking...Taskhin as-suluj
YDP Majlis Pelajar Kedah Jordan
YDP Keluarga Kedah Di Syria
TYDP Majlis Pelajar Kedah Jordan
Ucapan aluan Pengurus Besar INSPIN
Ucapan perasmian YBhg. Pengurus Besar YINK
Ceramah 1
YBhg.Dato' Andika Raja Dato' Wira Pegerusi Suruhanjaya Perkhidmatan N Kedah
YBhg.Datuk Bandar Bandaraya Alor Setar
YBhg.SS Dato' YDP Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Bengkel
Alhamdulillah, program yang diatur berjalan dengan lancar tanpa masalah walaupun latarbelakang peserta yang berbeza antara pelajar-pelajar Jordan dan pelajar-pelajar Syria. Kebanyakan pelajar Syria berasal dari sistem sekolah bukan aliran kebangsaan seperti Maahad Tarbiah Derang, manakala pelajar Jordan pula berasal dari sekolah menengah aliran kebangsaan SMK, sekolah menengah agama negeri SMKA atau sekolah agama negeri SAN. Bahkan ada di antara peserta dari Jordan belajar di Fakulti Perubatan seperti YDP dan TYDP Majlis Pelajar Kedah Jordan yang datang bersama lain-lain pelajar dari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari universiti-universiti di Jordan. Saya bangga melihat mereka dapat bekerjasama dengan baik dan saya cukup puas hati melihat puteri-puteri Derang yang walaupun berpurdah begitu berani dan hebat berhujah....
Tutup muka tapi minda terbuka...
Alhamadulillah kerana punya kesempatan masa untuk mengadakan perbincangan hati ke hati antara Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah, Keluarga Kedah Di Syria, Majlis Pelajar Kedah Jordan yang masing-masing diwakili oleh YDP dengan YBhg Tn.Hj Mohd Zohdi sendiri selaku Pengurus Besar YINK. Pihak persatuan KKDS dan MPKJ juga menyerahkan laporan perjalanan persatuan masing-masing kepada beliau di hadapan saya sebagai saksi.Saya berkesempatan bergambar kenangan dengan siswa siswi dari Syria dan juga Jordan termasuk bersama bekas-bekas pelajar Maktab Mahmud yang kini sedang menuntut di Syria dan Jordan. Tumpang bangga dengan kejayaan mereka.....Semoga semuanya anak-anak dibawah seliaan Abah berjaya mencedok ilmu sebanyak mungkin sebelum pulang menggalas tanggungjawab sebagai duaatun ila Llah!
Bersama Banin Syria
Bersama Banat Syria
Bersama Banin Jordan
1hb. April 2010 - Dengan diiringi lambaian akhir anak-anak Syria dan Jordan, semua ahli-ahli rombongan bertolak ke destinasi masing-masing. Saya dan Fairuz pulang dengan pesawat EgyptAir ke Mesir, manakala rombongan Kerajaan Negeri pula bertolak balik ke Malaysia dengan pesawat Emirates. Alhamdulillah kerana Sdr.Azfar dan Faiz turut ke lapangan terbang kerana kalau tanpa bantuan mereka pasti saya akan lebih berrmasalah sebab tidak mahir jalan masuk ke lapangan terbang. Bayangkan pemandu bas yang dihantar syarikat tak tahu jalan masuk...Lebih malang sebab tiada seorang pun dari syarikat pelancongan berkenaan yang datang membantu menguruskan kemasukan ahli rombongan ke balai berlepas.
"Okey ....jom kita bertolak!.."
"Cepat...masukkan beg! kita lambat dah ni..!"
"Kita ni memang dah agak terlambat ke airport ni Dato'..."
" Kita jumpa lagi nanti, okey...!"
Bergambar kenangan sebelum berpisah...
Bersama siswi-siswi yang terpilih
Lambaian akhir...jumpa lagi nanti!!
Buat semua anak-anak Syria dan Jordan, terima kasih tidak terhingga di atas segala kerjasama yang diberi. Tahniah dan terima kasih juga kerana memberikan yang terbaik di sepanjang program. Abah bangga dengan kalian sepertimana Abah bangga dengan semua anak-anak Abah yang lain di Mesir yang telah memberikan segala komitmen sebagai bukti sokongan kepada agenda Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Semoga segala ilmu, pengalaman dan perkongsian yang telah diterima dari semua penceramah akan menjadikan kita lebih versatile bak kata YBhg.Dato'Khazali dan punya multiskill seperti yang diungkapkan YBhg SS Dato' Syeikh Uzir sebelum kita pulang ke Malaysia nanti untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan Kedah Sejahtera.
Buat pimpinan KKDS khasnya Sdr. Azfar, Faiz dan Jo serta pimpinan Majlis Pelajar Kedah Jordan Sdr. Qayyim, sekalung penghargaan terima kasih dari Abah dan semua. ahli rombongan...Terima kasih daun keladi, ada jodoh kita jumpa lagii!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan