Isnin, 18 Mei 2009

UJIAN DAN CABARAN

Baru masuk hari ketiga saya di sini, saya telah diserang cirit birit yang agak teruk. Jamuan terakhir saya jamah bersama VIP malam Ramah Mesra dengan Pengurus Besar YINK habis keluar. Nasi mandi makanan Yaman atau mungkin malam sebelumnya saya dibawa bersama ahli rombongan makan di Restoran Farhat yang terkenal dengan Nasi Burung Merpati dan Kabab menjadi punca selain ‘Asir atau air perahan mempelam yang saya minum juga berpotensi menjadi sebabnya.Yang pasti lebih 20 kali saya berulang alik ke tandas. Walaupun saya dah makan Pil Chi Kit Teck Aun dan ubat lain nampaknya semua tak memberi kesan. Akhirnya saya tak dapat hadir mesyuarat bersama TYT Dato’ Duta yang akan pulang ke Malaysia setelah tugas beliau tamat di sini.

Setelah seharian saya di atas katil, malam keempat saya dibawa pembantu tadbir saya di Pejabat Pegawai ke sebuah klinik 24 jam. Setelah mendapati saya telah banyak kehilangaan air, doktor mencadangkan saya ditambah air. Ketika jururawat menjerut kasar lengan saya, saya jadi rindu akan lembut dan sopannya jururawat di tempat kita!

Jururawat dan saya di wad pemerhatian

Hari keempat, sepatutnya saya mengiringi Tn. Haji Mohd Zuhdi dan ahli rombongan ke Tanta dan Iskandariah. Tetapi Allah tentukan ketika jarum masih terpacak di lengan saya kerana setiap 12 jam saya mesti dimasukkan cecair antibiotic, tiba-tiba anak saya yang paling kecil Ahmad pula terkena air panas sewaktu anak sulung saya menukar lampin. Silapnya anak perempuan sulung saya kerana tidak merasa sejuk panas air yang keluar dari kepala paip terlebih dahulu. Dia tidak sengaja mencederakan adik kesayangannya kerana masih belum cukup mengerti tentang keadaan bilik air di sini yang memang dibekalkan sakhanah air panas.



Hanya tangisan menceritakan penderitaan


Pedihnya hanya Allah yang tahu!


Merengek sepanjang malam

Sudah semakin sembuh...kulit baru berwarna merah

Apa pun yang berlaku, sebagai hambaNya saya tetap redha walaupun saya cukup sedih setiap kali melihat anak kecil saya menangis ketika dirawat di hospital. Saya jadi lebih teringatkan kampung halaman, teringatkan kelembutan jururawat kita di sana bila saya menyaksikan aksi kasar mereka di sini. Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah kerana Ahmad semakin sembuh dengan kulit berwarna merah yang baru telah menggantikan kulitnya yang hitam terbakar mati. Semoga dia cepat sembuh sepenuhnya dan kembali berisi kerana keadaan kesihatannya menyebabkan selera makannya cukup terganggu….

Segalanya satu ketetapan!!!!!

2 ulasan:

UmmuL SyabinaR berkata...

salam abah..semoga tabah atas apa yang menimpa..ingatlah kalimah "mim" "sod" "ro" ="mehnah" "sobar" "redho" (MESIR) ikhlas dari anak2mu di rumah kedah.

Abqori Bro berkata...

Salam kenal Ustaz. Walaupun entri ini telah agak lama, saya rasa tak salah untuk saya mencoret apa yang saya rasakan di hati.

Semoga Ustaz dipenuhi kesabaran. Saya telah meniti satu persatu tulisan Ustaz di blog ini. Banyak peringatan. Cuma yang tulisan yang ini terasa ianya lebih sedikit. Duduk di luar negara, memang kita perlu lebih berjag-jaga.

Walaupun saya orang Pahang, keluarga Kedah di sini telah banyak jasanya kepada saya, terutama majlis-majlis agama yang dijalankan di Dewan Tasamuh wal ikha' itu. Terima kasih warga Kedah.