Ahad, 13 September 2009

PENANGGUHAN MAJLIS TAFAQQUH...

Salam Ramadhan dari kejauhan

Suasana sayu menyelubungi Dewan At Tasamuh Wal Ikha' tempat berlangsung Majlis Tafaqquh yang disampaikan Fadhilatus Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki setiap selepas Solat Asar dan Solat Tarawih yang bermula sejak awal Ramadhan tempoh hari.

Kuliah terakhir di malam terakhir

Malam terakhir dan kuliah terakhir Syeikh Nur akhirnya sampai jua....Hampir setiap inci Dewan dipenuhi anak murid Syeikh Nur yang setia datang setiap hari . Memang sejak awal Ramadhan, keadaan di Rumah Kedah ini sangat meriah sekali..Nyata, ramai yang mengambil istifadah dari kehadiran Syeikh Nur ke Lembah Nil ini. Alhamdulillah kemeriahan ketika Majlis Daurah dari Masyayikh Azhar selama dua bulan hari tu, sebaik tamat telah bersambung dengan makmur dan meriahnya Majlis Tafaqquh dari Syeikh Nur!!

Ucapan penghargaan bagi pihak kerajaan

Dewan padat mendengar amanat

Jam tangan sumbangan kerajaan negeri

Bertuah dapat cium tangan Syeikh

Lebih bertuah dan bersyukur dapat peluk dan cium Syeikh

Malam terakhir pengajian...., kita adakan majlis penangguhan. Terasa kecil dan kerdil berucap di hadapan Fadhilatus Syeikh Nur...Namun, demi tugas dan amanah, saya laksanakan tanggungjawab sebagai wakil kerajaan di sini untuk merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan di atas kesudian Syeikh Nur meninnggalkan keluarga semata-semata ikhlas datang mengajar siswa siswi di Mesir ini. Terus terang, selain saya , saya melihat ramai yang sebak dan terharu dalam pertemuan terakhir ini....Apa lagi, ketika Syeikh Nur membaca doa menutup pertemuan akhir malam itu....ramai yang mengalirkan air mata!

Amanat dan doa akhir..berderailah si air mata..

Jamuan ringan sebelum keberangkatan

Pakaikan Syeikh Nur jam tangan kenangan

Bersama isteri, saya memandu Avanza yang masih mati roadtaxnya menghantar Syeikh Nur dan isteri ke air port. Ramai pelajar yang tidak berganjak...menanti dalam barisan panjang samapi ke kereta untuk bersalaman dan berpelukan dengan Syeikh Nur. Demikian tingginya martabat ulama' di sisi Allah...Itu baru di dunia!

Beratur panjang untuk wida' Syeikh

Melimpah sampai ke kereta..

Cium tangan guru kita dengan ikhlas kerana ilmu dan jasanya

Berebut cium dan peluk Syeikh...

Fenomena malam akhir kuliah...beratnya sebuah perpisahan!

Sebahagian banat yang sempat turun dari asrama

Pelukan dan ciuman akhir di air port

Semoga Syeikh Nur dipanjangkan usia dalam kesihatan yang baik untuk datang lagi dan datang lagi untuk menabur ilmu Allah SWT yang luas ibarat laut tidak bertepi kepada anak-anak di Lembah Nil ini...Jazahullah Khairal Jaza' Wa Nafa'ana Bi Ulumihi Fid Darain....InsyaAllah..

2 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Perkataan paling berat untuk diucapkan -
P E R P I S A H A N !
Menusuk qolbu, menerjah airmata......
Apatah lagi berpisah dgn ulamak.
Ini lah asam garam kehidupan.

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

biar kita terpaksa berpisah di sini demi perjuangan keranaNYa...daripada kita terpisah di sana...tempat pembalasan..ALLAHUMMA J'ALNA MIN 'UTAQAA SYAHRI RAMADHAN...