Salam Lebaran dari Kejauhan...
ALLHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR..WA LILLAHIL HAMD..
Setelah sebulan kita berpuasa melaksanakan kewajipan yang difardhukan Allah SWT ke atas kita, mengekang hawa nafsu, nafsu makan minum dan bersenggama di siang hari Ramadhan, tabah dididik oleh ibadah yang istimewa ini...dan pada malamnya pula kita berlumba-lumba memperbanyakkan ibadah Qiyam Ramadhan, bertadarus dan menghidupkan malam dengan iktikaf, berzikir, beristighfar dan sebagainya. Kini sampai masanya Allah SWT kurniakan kepada hambanya yang berpuasa kerananya dengan Hari Raya selain ganjaran berlipat kali ganda hasil puasa yang Allah SWT telah janjikan "AKU sendirilah yang akan membalasnya.."
Semoga Madrasah Ramadhan telah membentuk kita menjadi hambaNYA yang benar-benar bertaqwa. Moga setelah lulus cemerlang dari Madrasah ini, kita akan menjadi seorang manusia yang benar-benar"tahu diri" untuk menempuh bulan-bulan yang mendatang sebelum kalau dipanjangkan umur...Insya Allah bertemu Ramadhan tahun depan sekali lagi. Apalagi, andai benar kita telah berpuasa dengan mengikuti adab-adabnya, maka kita sebenarnya bagai baru dilahirkan semula dari rahim ibu kita apabila berakhir Ramadhan...bagai kain putih, tidak berdosa!!
Sempena kedatangan Syawal 1430 ini, saya dan isteri (Ustazah Nawal Nawawi) serta anak-anak (Aufa, Muhammad, Mujahid, Ziyad, Mubarak, Iman dan Ahmad) mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...KULLU 'AAMEN WA ANTUM BI KHAIR ...WA TAQABBALALLHU MINNA WA MINKUM ...buat semua pengunjung dan tetamu yang sudi menjengah ke blog saya serta menyokong saya selama ini walau di mana sekalipun berada.
"Mana bumi yang tidak pernah ditimpa hujan"...kan langit juga tidak selalunya cerah! Kita semua pasti pernah melaku kesilapan...terkadang lidah yang tidak bertulang ini tersasar menggigit...lalu ada hati yang terluka..!Marilah di kesempatan bertemu 1 Syawal ini, kita menyambut hari kemenangan melalui uijian sebulan Ramadhan dengan memuji Allah SWT dan bersalaman...bermaf-maafan sesama kita. Biarlah kita benar-benar bersih...benar-benar cantik, "hablun mina Llah" dan "hablun minan naas"
Andai saya ada kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan sama ada disedari atau tak disedari, disengajakan atau tak disengajakan, saya susun jari sepuluh pohon kemaafan pada semua..... Pada semua di tanah air..Malaysia tercinta..Ayahanda dan bonda serta kerabat keluarga..."ampun maaf atas segala-galanya!". Buat anak-anak Kedah di bawah seliaan saya di Mesir, Jordan dan Syria " maafkan Abah..andai Abah ada buat salah silap pada antum semua..!",
Moga mentari Syawal menjanjikan BAHAGIA SEJATI untuk kita semua...Jangan lupa "puasa enam Syawal" yang besar fadhilatnya itu selepas ini!
ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...WA LILLAHIL HAMD..
Salam Kemenangan di pagi Syawal..
Syeikh Yusoff Haji Ahmad
Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir
Kedah Student's Hostel (Embassy of Malaysia)
No.56, Hafez Badawi Street,
7th District, Nasr City, Cairo,
Arab Republic of Egypt.

1 ulasan:
Ustaz,
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya maaf Zahir Dan Batin.
Catat Ulasan