Jumaat, 4 September 2009

ZIARAH FAHDILATUS SYEIKH DOKTOR SAAD JAWISH ALAZHARI

Salam Ramadhan dari kejauhan..

4hb.September 2009, program Pengajian Tafaqquh bersama Fadhilatus Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki bersemarak dengan kehadiran seorang Ulama Al Azhar iaitu Fadhilatus Syeikh Dr. Saad Jawish, seorang tenaga pengajar Dirasah Ulya yang juga cukup akrab dengan Syeikh Nuruddin.

Menyambut Fadhilatus Syeikh

Syeikh Nur, ketika berbual dengan saya baru-baru ini, mencadangkan supaya Syeikh Saad dijemput memberikan kuliah mingguan berkala selepas berakhir Ramadhan di "Rumah Kedah" ini. Bagi saya, ini adalah satu lagi penghormatan sekaligus peluang besar untuk anak-anak Kedah khususnya dan anak-anak Malaysia umumnya untuk menambah koleksi ilmu di Mesir ini.

Saya melihat kekaguman Syeikh Saad yang terkejut dengan ramainya jumlah pelajar yang hadir program taalim Syeikh Nur. Dan beliau menjadi lebih terkejut bila dimaklumkan Syeikh Nur tentang program kuliah yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui internet dan di tiap tingkat bangunan, ada yang sedang mengikuti kuliah melalui TV. Jatuh air mata saya kerana terharu mendengar pujian Syeikh Saad yang dengan penuh ikhlas dan tawadhu menyatakan Syeikh Nur akan dianugerahkan Dr. PHD kalau beliau mengemukakan mana-mana risalah yang telah ditulis. Sememangnya Syeikh Nur memang telah menulis puluhan buku dalam Bahasa Arab selain sejumlah buku dalam Bahasa Melayu. Semoga Allah SWT panjangkan umur beliau dan menambahkan keberkatan ilmuNYA kepada kita semua...Ameeen.

Keturunan Ahli Bait

Syeikh Saad yang begitu tawadhu dan merendah diri ini sebenarnya adalah seorang Ulama Al Azhar yang berketurunan Rasulullah SAW dan pernah dijemput menyampaikan ceramahnya di UIA beberapa tahun lalu. Syeikh Saad memilih untuk tidak duduk di tempat Syeikh Nur mengajar dan akhirnya bersetuju duduk di kerusi di samping Syeikh Nur. Syeikh Saad panjang menghuraikan hadis tentang Uwais AlQarni dari Yaman seperti yang diriwayatkan dalam Kitab Soheh Muslim. Kuliah berakhir hampir jam 12 malam.

5 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Sekali lagi aku nyatakan - Cemburukan aku! Bila la peluang ini akan hadir buat insan kerdil ini........

Ust Halim Nasir berkata...

Silap taip - Cemburunya aku!

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

salam ramadan..
alhamdulillah..dah boleh cemburu tu..makna dah sihat laa tu...ustaz tentu sibuk dgn ceramah nuzul alquran dan badr alkubra..
ya allah..rahmatilah saudaraku ini..panjangkan usianya..moga dapat terus memberi sumbangan kepada umat..

Ust Halim Nasir berkata...

Alhamdulillah, juga kpd tuan syeikh, dimudah ALLAH segala urusan.

Muhamad Ruslan bin Abdullah berkata...

salam ustaz yusuf,tahniah kerana dapat kembali ke mesir untuk berkhidmat kepada ummah.salam aidilfitri dari Pak Lan Tok Kob, Kuala Nerang.