Ahad, 4 April 2010

DINNER DI SIS

2 April 2010, saya membawa seisi keluarga memenuhi jemputan Mr. Gurhan, guru kelas Muhammad makan malam di Salahaldin International School, sekolah anak-anak saya di Tajammu' Khamis. Walaupun pada peringkat awalnya saya keberatan untuk pergi, tapi setelah Mr.Gurhan yang beberapa kali menghubungi termasuk melalui SMS, akhirnya saya cair. Selain rasa ingin berehat setelah berminggu juga sibuk siang malam, saya juga dah jangka masalah yang akan saya hadapi dengan Mr.Gurhan dan Mr.Syawkat, Pengetua SIS itu, iaitu saya tidak mahir Bahasa Inggeris dan mereka tidak tahu bercakap Arab!

Baru sampai..luasnya ruang tamu..
Selain saya sekeluarga, turut menerima jemputan adalah seorang doktor gigi yang tinggal tak jauh dari rumah saya. Dr.Asyraf datang bersama isteri dan dua orang anaknya Amr, kawan sekelas Muhammad dan anak perempuannya Rayyan. Setelah berbual ringkas dan solat berjamaah Maghrib di ruang tamu, rumah tamu SIS yang luas dan cantik itu, saya dan lain-lain tetamu dijemput ke meja makan. Seronok juga dapat cuba makanan Turki "Maqlubah" iaitu nasi seperti nasi beriani yang dimasak bersama daging yang dipotong kecil dan kemudian diterbalikkan di tengah-tengah talam. Periuk yg diterbalikkan dalam talam itu dihias di kelilingnya dengan pelbagai jenis salad dan "Zabadi". "Maqlubah" pula dimakan selepas makan "Lentiil Soup"atau soup kacang adas. Hidangan pencuci mulut pula adalah " Ruz Bil Laban" Turki yang sangat manis. Terus terang, "Maqlubah" saya tambah, tapi hanya tiga empat sudu "Ruz Bil Laban" saya dah berhenti.

Dari kiri Mr.Gurhan, Mr Najmuddin, penulis, Dr.Asyraf dan Mr.Syaukat

"Lentil Soup dan Ruz Bil Laban"

 "Maqlubah"

Madam Nadia isteri Dr Asyraf, "oghang ghumah" dan ahmad
Selesai makan malam di meja makan, semua tetamu dijemput kembali ke ruang tamu. Alhamdulillah sebab Dr.Asyraf sangat mahir berbahasa Inggeris dan seorang yang cukup peramah. Saya lebih kerap mengangguk dari menyampok! Syukur juga kerana ada dua guru berbangsa Turki Mr.Najmuddin dan Mr.Harun yang boleh berbahasa Arab menemani saya berbual sewaktu sesi minum teh.

"oghang ghumah" antara Madam Nadia dan Madam Fatma isteri Mr Syaukat

 Dr Asyraf semangat bercerita...

 Mr.Gurhan dan Ahmad
Apa pun, terima kasih banyaklah  Mr.Gurhan dan SIS!

Tiada ulasan: