9 April 2010, anak saya yang keenam Iman dibawa kakak dan abang-abangnya ke sambutan "Hari Ko- Kurikulum Alsun Modern School" atau "Yaaumun Tarfihiyyun Madrasah Alsun Alhadisah", sekolah di mana Iman sedang belajar sekarang. Pihak sekolah sebelum itu, telah menghantar sepucuk surat memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak waris pelajar.
Pelbagai acara diadakan untuk para pelajar termasuk para waris yang ikut serta pada hari Jumaat yang cerah itu. Badut-badut yang dimpot khas menunjukkan persembahan silap mata mereka. Kanak-kanak yang ceria teruja bermain pelbagai jenis permainan yang kebanyakannya dikenakan bayaran. Iman yang mulanya masam tiba-tiba bertukar ceria dapat main permainan gelongsor dengan bayaran LE5. Terdapat juga kaunter jualan makanan ringan dan cenderamata disediakan oleh pihak sekolah.
Sekurang-kurangnya anak-anak saya mendapat satu pengalaman baru melihat bagaimana Hari Ko-Kurikulum salah sebuah sekolah di Mesir ini diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan