Sejak bertugas di sini hampir setahun, inilah kali pertama Kursus Pra Perkahwinan Islam yang menggunakan modul yang dikeluarkan JAKIM diadakan di sini. Cakap-cakap Pegawai HEP Johor Ustaz Hanif untuk menganjurkannya, akhirnya menjadi kenyataan bila beberapa pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Johor berkunjung ke Kaherah.
Saya bersama Ustaz Abdul Halim Saljadi Peg. HEP Selangor selain Ustaz Hanif PEG HEP Johor sendiri, yang mempunyai tauliah ceramah dalam kursus-kursus seperti itu di Malaysia dulu turut sama menjayakannya. Ternyata sambutan yang diberikan siswa dan siswi di sini sangat memberangsangkan. Hampir 300 peserta memenuhi ruang Dewan Asrama Malaysia Abbasiah tempat berlangsungnya kursus tersebut.
Saya menyampaikan dua tajuk modul iaitu Akidah dan Akhlak Islamiah yang disatukan dengan Hubungan Dalam Keluarga. Terkenang waktu-waktu sibuk tiap hujung minggu semasa di Malaysia satu masa dulu, saya antara Pegawai Agama JHEAIK yang hampir tak ketinggalan menjadi fasilitator kursus Pra Perkahwinan ini. Selepas ceramah, saya berkesempatan bergambar dengan rombongan dari Jabatan Agama Islam Johor yang kebetulan hadir di ARMA pada sesi petang itu.
Semoga perkongsian yang diberikan dapat membuka satu lagi dimensi baru minda siswa siswi Al-Azhar di sini khasnya dalam seni-seni hubungan antara suami isteri ...Bait Muslim..Baiti Jannati!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan